Sunday 16 December 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Salam E

Sudah lama aku tidak menulis diblog ini.. bukan kerana aku sudah melupakan E tapi kerana perkara lain. Kesibukan kerja di pejabat antara salah satu penyebabnya. Tapi penyebab utama adalah kerana aku lihat tiada lagi pengunjung yang datang membaca blog ini. Statistic  counter tetap menunjukkan angka 1168.

Hanya 1168 jumlah kunjungan yang diterima sejak beberapa bulan yang lalu. Kini terhenti setakat itu. Aku mengandaikan E tidak lagi berkunjung ke sini mungkin atas alasan tertentu.


Setiapkali aku rindukan gelak ketawa dan gurauan E pasti aku akan menjengah ke ruangan ini. Melihat statistik "audience" dan setiapkali itu jugalah lokasi E akan muncul dengan angka 168 "page view".

E.. waktu di komputer ini tetap masih seperti dulu. Jam di bahagian bawah sebelah kanan menunjukkan 02.54 pm. Waktu di sana !. Sementara di sini sudahpun pukul 8.00 malam.

E, aku faham jika E tidak boleh lagi berkunjung ke blog ini atas alasan tertentu. Dan sebetulnya aku ingin meminta maaf kerana akulah penyebab memporak perandakan keadaan.

Lantaran kerana aku kesunyian, aku berkongsi cerita dengan E dan E setia mendengarnya. Sedikit sebanyak menimbulkan rasa rindu aku pada E walaupun aku tahu aku tidak sepatutnya bersikap begitu.

Maafkan aku jika si dia memarahi E.
E tidak bersalah langsung.
Semuanya gara gara aku yang terlalu inginkan perhatian dari seseorangan.
Maafkan aku E.

E.. jika tiada aral, Februari nanti aku akan mengerjakan umrah. Aku mengharapkan kemaafan dari E dan juga si dia walaupun aku tidak mampu berbuat begitu. Aku malu dengan kesilapan yang aku lakukan.

Aku berharap E sekeluarga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah setiap masa.
Dan mudah mudahan Allah mengampuni kesilapan dan kesalahan yang telah aku lakukan.

Ingin sahaja aku bertemu si dia dan memohon maaf kerana menyusahkan E sekeluarga tapi jika berpeluang sekalipun belum tentu aku mampu berdepan dan menatap wajah E sekeluarga. Terlalu berat kesalahan aku selama ini.

E.. sempena kedatangan tahun baru, aku berdoa E akan terus bahagia bersama keluarga di sana.
Tiada apa lagi yang aku ingin katakan selain dari ucapan

"Selamat Tahun Baru untuk E sekeluarga"