Thursday 22 December 2011

Petang semalam aku check out dari Hotel Darby Park setelah menetap di situ sejak hari Ahad. Kali ni aku ke KL bukan atas urusan peribadi tapi kerana training. Training yang paling santai. Waktu training yang paling flexible.

Agak memenatkan juga kerana sejak Nov 2011 aku terpaksa berulang alik dari Kemaman ke KL dn balik ke Kemaman semula kerana urusan kerja. 

Minggu ke dua bulan November aku menetap selama seminggu di Mandarin Oriental Hotel... bersebelahan KLCC. Sebenarnya urusan di Menara Maxis cukup ringkas dan santai tapi waktu selepas waktu kerja yang cukup membosankan. Aku tak ada arah tujuan. Sekadar duduk di luar KLCC mengadap taman dan perhatikan tingkah laku pengunjung dan pelancong.. selama seminggu aku mati akal. Tak ada siapa yang sudi menemani aku dan kebetulan aku juga tidak ramai kawan di KL.

Begitu juga pada minggu ke empat bulan November..lagi sekali aku terpaksa ke KL atas urusan kerja dan tinggal selama seminggu di hotel Darby Park..arrrghh cukup membosankan. Tak ada apa yang boleh aku lakukan selain pergi kerja dan menonton TV di bilik. Selama aku di situ, aku ketandusan idea... tidak ada arah dan tempat yang boleh aku tuju... aku keseorangan.. bosan..cukup membosankan.

Begitu juga pada minggu ini aku datang ke KL atas urusan kerja..cuma kali ini aku ditemani seorang rakan sekerja yang masih bujang. Walaupun aku cuba menghiburkan diri dengan berkaraoke tapi sebenarnya jiwa aku rasa kosong.. fikiran aku kelabu cuma hati aku mengingatkan pada seseorang.

Dan petang semalam selepas aku check out..aku menapak menuju ke stesen LRT Ampang Park..
Aku singgah sebentar di sebuah kedai untuk beli sesuatu dan bila terpandang cashier..hati aku terdetik..aku terkejut sebenarnya.. wajah cashier itu tidak saling tumpah seperti seorang rakan aku yang sudah lama menghilangkan diri tanpa berita. Rakan yang berhijrah ke sebuah negara..ke satu tempat bersama keluarga..nun jauh beribu kilometer...

Wajah dan senyumnya sungguh serupa.. aku kaget..walau orangnya berlainan tapi setidak tidaknya rupa yang hampir seiras menghilangkan rindu aku padanya.

Aku dapat tahu rakan aku tu pulang semasa hari raya Aidilfitri dan singgah untuk bertemu rakan sepejabat yang lain. Dan berkebetulan aku juga berada di pejabat waktu itu cuma aku perasan pada waktu makan tengahari beberapa rakan aku berbisik sesama mereka dan seolah menyembunyikan sesuatu... dan aku tidak ambil pusing kerana aku beranggapan itu hal kaum wanita.. tetapi hal sebenar hanya aku ketahui beberapa hari kemudian..aku tidak marah dan jauh sekali berkecil hati.. itu bukan hak aku untuk memaksa seseorang untuk bertemu aku.. apatah lagi setelah berlaku satu perkara yang mengeruhkan keadaan sebelum ini. Cuma hasrat aku untuk melihat dia untuk kesekian kalinya tidak berkesampaian.

Tidak ada apa yang boleh aku buat cuma aku mendoakan yang terbaik untuknya sekeluarga mudah mudahan dia dilindungi Allah setiap masa.


Saturday 17 September 2011

Spring Cleaning 14 September 2011 - Hari Rabu lepas adalah aktiviti terbaru semenjak Spring Cleaning 2010.

Aku kira hampir setahun juga sejak aktiviti terakhir tu berlangsung. Ketika Spring Cleaning 2010, aku sibuk ke bandar Dungun menemani seorang rakan mengambil tempahan untuk makna tengahri - KFC. Sedangkan orang lain sibuk mengemas cubicle di pejabat.

Sebenarnya tarikh Spring Cleaning 2010 sudah hampir dengan tarikh E akan berhenti bekerja di sini.

Kerana itulah aku rasakan ruginya aku tidak meluangkan masa bersama sama di pejabat bersama rakan baik aku - E.

Hanya selepas tidak beberapa lama barulah aku tahu rupanya E sudah pun bercadang untuk berhenti kerja dan mula mengaktifkan diri dalam apa jua acara di pejabat semata mata untuk meluangkan masa bersama sama kami semua.

E merancang dalam diam dan rakan baik yang lain hanya tahu setelah melihat E menangis selepas menghantar notis berhenti kerja.

Kasihan E
Kasihan kami kehilangan rakan baik.
Seorang rakan yang setia mendengar apa jua masalah.
Dan seorang rakan yang suka gelak ketawa walau dalam kesusahan.

E... Spring Celaning kali ini tidak meriah..sama sekali tidak meriah. Cuma semua mengemaskan tempat hanya kerana ada Hari Terbuka dan Majlis Hari Raya yang diadakan serentak pada 17 September 2011.

Itu pun pada mulanya tidak ramai yang ambil bahagian.. cuma beberapa orang termasuk aku.

Dan pada hari kedua barulah semakin ramai mengambil bahagia menghias pejabat.

Hari ini 17 September 2011 bermulanya acara Jamuan Hari Raya dan Hari Terbuka untuk Masyarakat Setempat. Hasil dekorasi PTS (Plant Technical Services) dapat tempat ke 4. Walaupun pada mulanya aku kira PTS boleh  menggondol tempat ke dua. Tak apa lah mungkin belum rezeki. Lagi pun PTS kehilangan E.. peserta aktif yang handal menghias sejak hampir setahun lalu...

Gambarnya belum lagi diupload.. mungkin minggu depan aku akan letakkan beberapa gambar untuk tatapan E.

Ohh hampir terlupa.. petang tadi semasa dalam perjalanan balik dari pejabat, aku sempat singgah di Petrol Pump Petronas Kijal.. tahu tak E, aku terjumpa kawan lama aku dan sebenarnya dia juga bekas pekerja di OPT.. dan kebetulan sewaktu aku menyapa dia, dia sedang berbual dengan seorang lagi rakannya juga pekerja di OPT.. aku terdengar percakapan mereka.. dan apa yang menarik perhatian aku.. kawana aku juga bekerja di sana.. 

Yup..dia tinggal di negara di mana E berada sekarang dan bekerja di syarikat yang sama dengan teman E.

Menarik bukan?.. dan terus buatkan aku teringat betapa meriahnya aktiviti di pejabat kali ini jika E masih bersama kami.

Tuesday 13 September 2011

Long Distance Relationship


God.. i miss my best friend.. miss her badly

A long-distance relationship (LDR) is typically an intimate relationship that takes place when the partners are separated by a considerabledistance.
In 2005, according to The Center for the Study of Long Distance Relationships, an estimated 2.9% of US marriages were considered long-distance, with 1 in 10 marriages reported to have included a period at long distance within the first 3 years. This means that in 2005 approximately 3.5 million people in the US alone were involved in long-distance marriages. It is harder to know precisely how many non-married couples are in a long-distance relationship but according to The Center for the Study of Long Distance Relationships there was an estimated 4 to 4.5 million college couples in the US which were in non marital LDRs.

Ways to stay connected

Before the popularity of Internet dating, long-distance relationships were not as common, as the primary forms of communication between the lovers usually involved either telephone conversations or corresponding via mail. However, with the advent of the Internet, long-distance relationships have exploded in popularity as they become less challenging to sustain with the use of modern technology. Technologies including cell phones, e-mail, online chatting and video conferencing have made it possible to keep in touch. Other forms of communication frequently employed by partners in long-distance relationships include:
Letters
Text messaging
VoIP programs
Social networking websites
Shared online activities (e.g., online games such as MMORPGs)
Shared offline activities (e.g., watching the same movie while talking on the phone and listening to the same songs on radio at same time while talking on phone)


This number goes through my brain constantly....  5879.29 kilometers.  That's how far away my friend is from me.

She is 5879.29 kilometers away.

We talk several times before.  One the phone, in emails... just about anything we can do to try to make the distance go away.  "I just wish I could hold you" is my mantra. 5879.29 kilometers...

Simply put, she is amazing.  She's so funny, so beautiful, so caring, so intelligent, so... everything.  And it's not crazy infatuation -  I know she's not perfect, nobody is.  She is however perfect for me, everything I've ever dreamed.

I love her with all my heart, all my spirit. But one thing for real, she not coming home.
I couldn't ask for more...  5879.29 kilometers away.

Monday 12 September 2011

Apa kabar E

Assalamualaikum E

E apa kabar sekarang. Cukup lama tak dengar sebarang berita dari sana.
Bagaimana dengan sambutan Hari Raya di sana?.
Atau E berhari raya di sini? .. jangan risau jika E menyambut raya di sini tanpa berikan sebarang kabar berita pada sesiapa.. kerana aku memahami.


Aku juga faham bila E berkata jagalah diri kerana dia tak lagi dapat berbual seperti biasa kerana sibuk kerana aku faham ianya hanyalah satu alasan.
Aku dapat rasakan E ada lakukan satu kesilapan yang mungkin memudaratkan dirinya.


Maaf E.. bukan niat aku mengajar E berbohong pada sesiapa.. tapi niat aku selama ini hanyalah untuk berkongsi dan bercerita kerana hanya E saja orang yang paling rapat dengan aku.. manakala orang lain cukup hipokrit.. hanya pandai menasihat tetapi diri sendiri tetap lakukan kesalahan walaupun tahu kesalahan itu adalah satu yang serius.. malahan cukup bangga dengan apa yang mereka lakukan. Sungguh naif. 

Maafkan aku, E. Bukan niat aku memperlekehkan sesiapa. Tapi aku seorang yang cukup kuat memerhatikan tingkahlaku seseorang. Dan itulah hasil pemerhatian aku. Kerana itulah aku hanya sanggup bercerita dengan E.. aku tahu kerana E seorang pendengar yang baik, seorang yang baik hati menasihat secara jujur tanpa helah dan sudi menolong pada sebarang masa. Malangnya sikap baik E dan niat aku dipandang serong oleh orang yang berhati busuk.

"Orang yang berhati busuk tidak akan memandang walau satu kebaikan sebagai satu  yang baik"

Inilah kata kata yang terngiang ngiang di telinga aku hingga kini dan ternyata ada kebenarannya.

E, maafkan aku jika selama ini aku begitu banyak menyusahkan diri. Mengganggu kehidupan seharian atau menyebabkan keharmonian E berantakan.

Bukan itu niat aku...tidak sama sekali.

Kerana aku pernah berpesan.. jangan dipersia siakan kasih sayang dan perhatian yang diberikan olehnya selama ini.. jangan jadi seperti aku... jangan diikut jalan yang salah seperti yang aku alami. Itulah kata kata yang aku pernah ucapkan ketika E masih di sini.

Aku faham E lebih mengerti dari orang lain.

Sunday 28 August 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri


Salam dari kejauhan ..

Walau tidak bertentang mata
Tapi hati tetap tertanya
Semoga yang silap dimaafkan semuanya
Agar hidup kembali ceria
Diberkati dan dirahmati oleh yang Esa


Selamat Hari Raya









Tuesday 16 August 2011

Akulah AWAN itu




Sayang..  fahami dan mengertilah walau apa yang telah berlaku.. akulah AWAN itu.


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu




Itulah aku... 

Friday 29 July 2011

Ramadhan yang muram

credit to mohdapih.com




Ramadhan datang lagi... hanya tinggal lagi beberapa hari kita semua menyambut bulan yang mulia. Aku kira  sekarang pun sudah ramai yang mula buat persiapan untuk menyambut Syawal walau belum pun kita semua start berpuasa.

Ramadhan penuh bermakna pada ramai orang tapi tidak untuk aku. Tidak untuk kali ini dan mungkin tahun tahun berikutnya. Aku kini bersendirian tanpa sesiapa.. tanpa isteri dan anak.

Puasa kali ini cukup menyedihkan. Aku tidak lagi berpeluang untuk bersahur atau berbuka bersama mereka. Semuanya kerana kesilapan dan kealpaan aku. Sekiranya aku lebih peka.. perkara ini tidak mungkin akan berlaku.

Tidak.. bukan aku tidak prihatin dan tidak ambil peduli apa yang berlaku disekeliling tapi kerana aku lebih utama dan percaya pada si dia. Namun sifat jujur aku dibalas dengan seribu kepahitan. Dalam diam aku diketepikan dari hidupnya dan menjalinkan hubungan dengan seseorang tanpa pengetahuan aku.

Terlalu anyak perkara yang berlaku.. hidup aku terlalu sarat dengan kisah sedih. Terlalu panjang untk aku catatkan.. sekurang kurang tidak untuk waktu ini.

Aku masih bersedih.. tanggal 25 Jun 2011 - 4.44 pagi menjadi saksi bagaimana aku terpaksa melafazkan kalimah perpisahan lantaran memuaskan kehendaknya yang lebih ingin menjadi teman hidup kepada pihak ketiga walaupun aku berulangkali memujuk, merayu malah marah dan ugut betapa ikatan perkahwinan yang termeterai selama 7 tahun mungkin sukar ditaut kembali jika si dia tekad dengan keputusannya.

Hidup aku terlalu bercelaru.

Aku bukanlah seorang yang mudah untuk mengalirkan airmata.. tapi setiapkali aku terkenangkan kisah hidup dan saat bahagia aku bersama isteri serta anak satu masa dahulu, aku tak mampu untuk menahannya dari terus mengalir.

Hingga ke hari ini masih terngiang ngiang anak aku memanggil bila setiapkali aku melawatnya di Kuala Lumpur. Masih terbayang bayang bagaimana setiapkali aku bertemu anak.. pastinya tangan akan didepa dan minta didukung.

Kini semuanya sudah berakhir. Aku terpaksa teruskan hidup tanpa mereka.

Patah tak tumbuh, hilang tak berganti

Tak pasti bagaimana aku nak mulakan cerita kali ni

Tapi yang jelas sudah begitu lama aku tak mendengar sebarang cerita, khabar berita darinya.
Aku kehilangan seorang kawan yang cukup baik, akrab.. kawan sejati yang banyak menolong aku waktu kesusahan.

E, dulu kau lah yang paling setia menemani aku waktu aku dalam kesusahan. Engkaulah teman paling setia mendengar cerita dan engkau banyak berikan nasihat berguna.
Tapi kini kau hilang entah kenapa. Mungkin engkau terlalu sibuk dengan tugas harian. Yup, aku faham. Keadaan sekarang berbeza dan aku tidak boleh lagi mengharapkan kau terus mendengar cerita aku.

Secara jujur, aku sudah hilang teman setia. Dan secara kebetulan, aku sedang dihimpit masalah dan persoalan yang maha besar lagi berat. Aku tiada tempat mengadu. Dan sebenarnya aku juga tidak suka mengadu pada orang yang aku kurang mesra dan kenali...aku sudah tidak percaya pada orang di sekeliling aku. Pengalaman lalu mengajar aku menjadi lebih berhati hati. Kerana mulut dan pandangan orang lain lah yang buat keadaan bertukar sebegini rupa.

E, aku kehilangan orang yang amat aku sayangi dalam hidup. Tak perlulah aku nyatakan siapa. Malahan kehilangannya amat aku rasai. Kali ini hidup aku tidak lagi seperti dahulu.

Thursday 21 April 2011

Apa khabar anak babah?



Diam tak diam sudah hampir 6 bulan aku tak bertemu anak kesayangan. Kali terakhir aku berjumpa dengan anak kesayangan pada bulan Oktober tahun lepas. Rindunya hanya tuhan yang tahu.

Sejak itu juga sudah tiga kali anak aku demam dan selsema tapi aku masih belum mampu berjumpa kerana ada halangan peribadi. Sebetulnya aku rasa cukup bersalah, bukan aku abaikan tanggungjawab aku sebagai seorang ayah tapi ada perkara penting lain yang menghalang.

Aku juga ada bertanyakan khabar berita melalui SMS dan panggilan telefon. Tiapkali aku berbual dengan anak, suaranya kedengaran sedih. Pernah satu masa aku bertanya pada anak samada sudah makan atau belum tapi anak aku menjawab ringkas,

"Adik tak nak makan sebab babah tak belikan makanan"..

Jawapan anak aku buat aku bertambah sedih dan rindu padanya..


Aku faham maksudnya. "Tak nak makan", kerana aku tak datang berjumpa dengannya.. tak menjenguk dia di KL. Dulu setiapkali aku ke sana, dia akan sentiasa berdamping dengan aku. Makan mahu aku suapkan, aku mandikannya sambil bermain buih sabun, melayan kerenahnya setiapkali di kedai.... malahan langsung tak mahu berjalan tapi mahu berdukung. Setiapkali mahu keluar rumah, anak aku akan mendepakan tangannya siap siap..tanda minta didukung. Begitu juga bila tiba waktu tidur, aku disuruh bercerita... ceritalah apa sahaja yang mampu buatkan dia terlena. Tidak habis di situ, setiapkali terjaga malam dan mahu ke tandas pasti aku yang dikejutkan, minta diteman. Akulah juga yang akan bangun dan bancuhkan susu.

Semua itu langsung tidak jadi beban walau sebesar kuman. Sebaliknya aku rasa gembira bila mampu sedia dan siapkan segala gala untuk anak..walaupun agak pening bila terjaga tengah malam untuk bancuh susu.


Tapi itu dulu. Keadaan sekarang berlainan.
Adakah aku dibenarkan bermain dan luangkan masa sepanjang waktu aku bercuti dan bertemu dengannya nanti?.

Adik..maafkan babah.

Babah sudah cuba yang terbaik untuk jadi ayah yang boleh adik banggakan.
Tapi babah masih gagal.
Gagal kerana kesilapan yang bukan babah lakukan.
Walaupun apa terjadi bila adik besar nanti.. adik kena faham dan pasti adik akan faham.

Tidak kira siapa yang lakukan kesilapan.. adik wajib hormat dan jaga mummy bila adik besar nanti. Jangan sekali kali derhaka.
Jangan buang dan biarkan mummy keseorangan kalaupun adik tahu salah siapa satu hari nanti.
Biarkanlah perkara yang lepas tapi tanggungjawab adik menjaga mummy.
Adik perlu jadi anak yang taat, merendah diri dan berbudi pada mummy.
Kerana babah tidak pernah mengajar adik meninggi suara, menengking apatah lagi derhaka pada sesiapa.
Babah tahu adik masih kecil..ada masa adik akan terlupa kerana itu babah perlu ingatkan adik setiap masa.


Babah tahu babah mungkin tidak lagi berpeluang menjenguk dan bermain, menemani adik sepanjang hari. Sampai masa babah akan terpaksa tinggalkan adik bersama mummy kerana babah dan mummy akan membawa arah yang berlainan selepas ini.

Babah terpaksa akur impian babah untuk menjadi seorang ayah yang terbaik untuk adik semakin pudar. Harapan babah mungkin tidak akan tercapai bila babah tidak tinggal bersama adik.
Tapi adik perlu tahu babah akan sentiasa bersama bila adik perlukan teman... walau bila dan dimana.

Kerana adik adalah "nyawa" babah. 


Friday 15 April 2011

Jauh berjalan banyak kenangan

Sekarang sudah masuk bulan April.. dan ini bermakna sudah 3 bulan aku terperuk di sini. Walaupun aktiviti turnaround sudah tamat tapi aku masih tak berpeluang untuk bercuti - rehat diri.

Ini bermakna selama 3 bulan aku hanya berulang alik dari rumah dan ke tempat kerja.. bercuti bila ada perkara penting sahaja tapi bukan untuk rehatkan badan.


Ketika aku ke KL tempohari bukanlah kerana "bercuti" tapi kerana menghadiri training di Bangi. Oleh kerana jadual training tak terlalu padat jadi aku kira bolehlah aku gunakan sedikit masa terluang untuk merayau di kawasan berhampiran dengan hotel, tempat aku menginap.

Dan kemudiannya diikuti dengan perjalanan aku ke sana sekali lagi atas "urusan peribadi".

Itulah kali terakhir aku "bercuti"..

Kali ini aku perlu bercuti lebih lama untuk rehatkan badan, tenangkan fikiran.

Kata orang jauh berjalan luas pandangan tapi jauh perjalanan aku sebelum ini berikan banyak kenangan.

Kenangan yang tak boleh dilupakan.

Kenangan sekali seumur hidup.

Kenangan yang mematangkan diri dan bukti betapa aku menghargai "perasaan" aku terhadap dia.

Kali ini barulah aku berpeluang untuk merehatkan badan.. cuti dalam ertikata sebenar. Berseorangan dan menikmati waktu waktu yang ada sambil memikirkan langkah yang perlu aku tempuhi selepas ini.

Tapi di mana destinasi aku kali ini?

Seribu kenangan


Hari minggu hari untuk berehat... berehat dari fikirkan kerja di pejabat tapi kerja di rumah tetap kena siapkan... dan hampir dua minggu aku tak mengemas bilik.. berselerak.

Bilik orang "bujang".

Waktu aku sedang mengemas aku terjumpa satu barang yang berharga... penuh nilai sentimental..
Yup.. sekeping gambar seribu kenangan.



Hahahaa ini gambar yang cukup bernilai..

Gambar ini diambil di sebuah kedai gambar di bandar Chukai. Dan kalau tak silap waktu ni aku baru berumur 3 tahun. Kata umi, umi sengaja biarkan rambut aku panjang. Masa aku kecik dulu rambut aku bukan berwarna hitam tapi blonde..  sebab itu umi biarkan rambut aku panjang dan bergambar sebagai kenangan.

Malangnya waktu tu aku bukan dalam mood yang betul.. kena marah dengan umi sebab aku tak nak bergambar sambil cekak pinggang..

Gambar yang di ambil tahun 1975 ni masih baik dalam jagaan aku sekarang. Gambar ni memang berharga kerana hanya ada 2 keping yang masih dalam simpanan..

1975 ?? sedar tak sedar aku dah berumur 39 tahun sekarang... lebih tepat 39 tahun pada bulan September.

Tuesday 12 April 2011

I am superlonely...




I am alone. I walk alone, i sleep alone, i eat lunch alone, i eat dinner alone, i shower alone, i talk alone,and i feel alone. I didn't really care much about company until i woke the other day and realized i was alone. 

I realized how it would feel to have someone to say good morning to. Someone who waits for me in the room when i come tired from my office and asks me,''How was your day? ''I look at back in my pass and i realize i was alone, i am alone and  in the future i don't want to be alone.

Now my life has changed. After this thought of loneliness hit my mind, my life is not about finishing my career and doing what i love. Now my life has become this journey. I go though the days and weeks and all i think about is someone. I don't who that someone is, i just know she makes feel complete. She makes me feel like i cant give up this journey till i get to where i want to be. Til i wake up in the mornings and have someone to say good morning. Someone to cook breakfast for, someone who wishes me a good day. And sometimes i just wonder if this is a never ending journey. If one day i'll actually give up and stop hoping. Now i dont' know if i should  sit here and wait for loneliness to pack her bags and leave or i should leave loneliness behind and get up and try to find someone. For now my shadow is the only one that walks beside me till then i am alone.

Sunday 10 April 2011

I Know That Loneliness Is Killing Me





I hate being alone more than anything in the world. I hate being alone with just me and my thoughts. I need someone to love me, someone to care about me. I have prayed and prayed for someone but my prayers go unanswered. At the end of the day, it's still just me. Alone. I do believe a person can die from loneliness.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

People who live alone are more likely to be in poor health and to die younger than those who live with another. I think that I have been lonely for most of my life. This is a scary. Not always easy to remedy. It is harder to rectify if you don't drive. People rarely offer lifts and so the loneliness goes on. Where has the hand of kindness gone? Looking out for others. I don't see any evidence of it. A sad commentary on our society.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Part of me wants to stop feeling the way I feel but part of me is comfortable with the status quo.  Change is hard.  It's easier to sit back and feel sorry for myself instead of doing something about it.  I am trapped behind a wall.  A wall I built years ago to keep people out and protect myself.  Now I'm trapped behind that wall and don't know how to get out.

I have no close friends and have battled depression in the past.  I have a job but it's not a career.  I don't even know what I want to do with my life and at my age I think that's pretty sad.  Sometimes I feel like I'm just sitting by watching my life go by and counting down the days until it's finally over and I can be free.  I laugh and smile but it's all fake.

credit : experienceproject

Friday 8 April 2011

Dairi seorang lelaki


Sendirian menempuh hidup tiada berteman
Sendirian aku meneruskan perjalanan

Namun belum pernahku kesali hidupku
Suka dukaku tanggung sendiri dengan ketabahan hati

Sendirian
Ada waktunya memberi ketenangan di jiwa
Sendirian juga kadang menyeksa kerana tiada teman bicara

Kini,
Aku masih sendirian di sini

Dahulu,

Dikau sentiasa disisi
Peneman sejati

Kata katamu disulam nasihat
Bicaramu berikan semangat
Gelak tawamu pengubat kalbu

Betapa indah
Jika kau terus bersama
Melayari hidup.. meneruskan sisa perjalanan usia

Alangkah bertuah pemilik hatimu
Kerana kau amat istimewa
Satu dalam seribu

Dahulu,

Ku curi khayalan denganmu
Ku impikan sesuatu
Diluar kemampuanku

Kini
Hilangmu tiada ganti
Walau bersilih hari

Aku rindukan dirimu
Teman hatiku yang tiada jemu
Mengukir senyuman tanpa lesu
Walau hati membatu... 

Wednesday 6 April 2011

Terkenangkan mu



Kebelakangan ini aku selalu terkenangkan seseorang..
Seseorangan yang jauh dari sini
Membuatkan aku teringat bait bait lagu

"Dulu lalu depan mata, engkau tak ku hirau, ku tak peduli"
"Tapi setelah ku tahu hanya engkau teman, kau tak ku lepaskan"

"Mustika" hatiku

Aku mahu kau mengerti
Bukan aku sengaja tak hiraukan kehadiranmu
Tapi kerana keadaan membataskan kehendak hatiku
Jika tidak kerana itu
Pasti sudah lama aku mendampingimu setiap masa

Kerana "Kau terlalu istimewa"

"Kasih dan sayangmu terpancar
 Seikhlas tiada batasanTerus membara"

Kini aku kerinduan "Nilai cintamu"

"Kurenungi gambarmu, Kubaca surat surat mu
  Namun pedihnya kuterasa, Tanpa kau bersama
  Kuharap dikau pun, Begitu jua"

Dan seperti "Pelangi Petang"

"Seharian waktu bersamamu, Tak terasa saat yang berlalu
  Bagai pelangi petang kau kan pasti, Pergi jua
"

Sesungguhnya "Seribu kali sayang"

"Sungguh memilukan, Tak dapat ku bayangkan"

"Berjuta batu" engkau pergi meninggalkan a
ku di sini
Namun

"
Padamu kasih, Aku berjanji, Akan tetap setia selalu"

Saturday 2 April 2011

Cinta Agung : Salahkah aku mencintaimu

Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik.

 Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya. Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat.

 Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu". Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

 Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.” Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu.

Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?” Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih... cinta yang terindah adalah mencintaimu, sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.

Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu, burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu. Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?” Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair: Aku berada dalam kenikmatan dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat yang tidak mungkin binasa yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih. 

Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!” “Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu".


Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu. Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?” “Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya. 

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia.




Salahkah aku mencintaimu dalam diam sedang cinta para alim yang zuhud juga begitu. Cinta yang setia dan sejati hingga ke mati. Bukankah indah?.

Friday 1 April 2011

Nostalgia : Zaman kecilku (part 3)

Lama aku menetap bersama ayah di kampung Wakaf Tengah. Tiba masa aku mula bersekolah dan ayah mendaftarkan nama aku di sebuah sekolah di mana dia mengajar - Sekolah Rendah Wakaf Tengah. Sepanjang pembelajaran aku di sana, pencapaian peperiksaan aku tidaklah memuaskan. Aku hanya mengikut ayah pergi dan balik ke sekolah tanpa apa apa tujuan kecuali bermain.

Keadaan ini berterusan sehingga aku naik ke darjah dua. Aku masih gagal menghafal sifir dan menyiapkan latihan sekolah yang diarahkan oleh cikgu. Pernah satu ketika ayah mengugut aku supaya belajar dan menghafal sifir dua dan jika tidak aku tidak berpeluang mengikut ayah ke "fun fair" di kampung berdekatan. Walaupun aku cuba membaca dan menghafal, aku tetepa gagal. Kepala aku begitu benak mengingat nombor nombor yang tertera di kulit belakang buku latihan. Akibatnya aku ditinggalkan oleh ayah di rumah.


Tapi tempat yang paling kerap aku lawat adalah klinik gigi. Tempat yang paling aku takut. Setiapkali sampai di sana aku akan bermain diluar klinik.. berjalan jalan di tepi longkang dan aku hanya akan masuk bila dipanggil oleh ayah. Semasa berada di dalam bilik, semuanya menggerunkan... menakutkan aku. Aku takut melihat doktor dan nurse yang berpakaian serba putih dan menutup muka. Bila saja aku diletakkan di atas kerusi, aku akan menggelonsor turun... aku akan menjerit sekuat kuat hati.

"Tak nakkkkkkk"..

Ayahlah orang yang paling teruk menerima malu. Akhirnya ayah akan duduk terlebih dahulu di atas kerusi dan meriba aku sambil memeluk dari belakang. Sebelah tangan ayah akan memegang tangan aku dan  tangannya yang lagi satu akan memegang dahi aku supaya aku bersandar di dadanya.  Kaki ayah juga akan mengunci kaki aku supaya tidak meronta ronta. Malahan nurse juga terpaksa membantu memegang kepala supaya senang doktor menyucuk ubat bius ke gusi aku.

Aku masih ingat sakitnya bila dicucuk. Gusi aku terasa bengkak dan mulut aku herot. Bibir aku seolah tebal seperti bibir negro. Aku tak boleh bercakap dengan betul.. terasa pelat. Aku kemudiannya akan bermain semula diluar klinik sehingga nama aku dipanggil sekali lagi. Dan biasanya aku akan didukung ayah untuk dibawa ke dalam bilik rawatan kerana aku akan menangis dan meronta di luar klinik.. membantah dibawa masuk untuk berjumpa doktor. Sememangnya aku serik. Tiapkali tiba giliran aku pasti pesakit lain yang sedang menunggu giliran diluar boleh mendengar aku menjerit sakit dan menangis. Aku tak peduli pada orang lain kerana aku memang takut.

Nostalgia : Zaman kecilku (part 2)

Aku tinggal bersama ayah dan keluarganya dalam tempoh yang agak lama. Sepanjang aku di sana pelbagai  peristiwa yang aku alami dan sebahagiannya aku mash ingat hingga ke hari ini. Aku tidak diberi apa apa keistimewaan di dalam keluarga bukan sahaja perhatian tapi juga makan minum seharian.

Ayah seorang yang agak berkira dalam perbelanjaan seharian. Walaupun gaji ayah aku kira agak "lumayan" pada ketika itu. Ayah yang bekerja sebagai seorang guru, kakitangan kerajaan pada waktu itu di anggap sebagai seorang yang berjawatan tinggi dan di hormati oleh masyarakat sekeliling. Selain itu ayah juga mengusahakan ternakan sendiri. Dan aku sering diminta menolong ayah mengusahakan ternakannya,  memelihara berbagai jenis ayam, itik, dan angsa.

Aku masih ingat setiap hari selasa atau rabu, ayah akan menyuruh aku mengutip biji gajus di sekeliling rumah untuk dijemur selama beberapa hari sebelum digoreng hingga hitam seperti arang.. dan tugas aku berterusan, aku akan mengetuk biji gajus yang hangus untuk di ambil isi dan dimasukkan ke dalam tin Milo.

Sewaktu kecil aku seorang yang penakut, takut dengan keadaan gelap. Memandangkan rumah hanya mempunyai dua bilik, satu untuk ayah dan isteri manakala satu lagi digunakan oleh anak perempuan mereka dan aku terpaksa tidur di ruang tamu. Kerana takut tidur berseorangan dan gelap, kebiasaannya aku akan tidur berdekatan dengan bilik ayah. Aku menyorong tilam kekabu ke bawah meja yang biasa ayah gunakan. Kepala aku akan berada dibawah meja tapi kaki terjulur ke luar.

Tinggal bersama ayah tidak ada apa yang istimewa dan menggembirakan.

Sepanjang aku tinggal disitu, pernah sekali umi datang melawat aku bersama bapa saudara. Aku masih ingat bapa saudara bercakap cakap dengan ayah dan umi berdiri diluar pagar, menangis memanggil nama aku.. tapi aku pada ketika itu sudah lupakan umi. Aku tidak mengenali umi dan aku menyorok di belakang ayah. Umi masih juga menangis melambai dan memanggil aku supaya datang mendapatkannya. Aku yang tidak mengerti apa apa hanya berdiri dan mengintai dari belakang ayah. Setelah beberapa lama umi begitu, mereka akhirnya berlalu dari situ dengan menaiki sebuah kereta. Aku bertanya pad ayah siapa tetamu yang datang ke rumah.

"Orang jahat" jawab ayah.

Semasa kecil aku memang agak nakal. Mungkin kerana aku satu satu anak lelaki dalam "keluarga" itu dan tidak mempunyai teman sepermainan. Adakala aku bermain atas pokok jambu dan gajus, ada ketika aku menyeksa ayam dan ternakan ayah.. selalunya yang menjadi mangsa adalah ayam belanda yang suka membuat bising.




Seingat aku, aku hanya mula berkawan bila adanya kawasan pembinaan yang maha luas di seberang jalan berhadapan dengan rumah. Di situ aku mengenali seorang anak buruh binaan yang dikenali dengan nama Zamani. Juga seorang yang nakal... seperti aku.

Pernah satu masa Zamani bertanya kalau kalau aku ingin bermain mercun roket. Kata Zamani dia terjumpa beberapa batang mercun berhampiran kantin tempat ibunya berniaga.

Zamani tunjukkan kepada aku "roket" kepunyaanya. Zamani kemudiannya menyalakan mancis sebatang demi sebatang tapi roket masih tidak terbakar. Aku bertanya ke mana pergi "sumbu" roket dan sebab tiada sumbulah roket tak terbakar dan tidak terbang ke langit. Aku masih leka perhatikan Zamani. Tiba tiba ibu Zamani menjerit... marahkan kami berdua dan aku hanya tercegat.

"Buat apa tu... ambil kat mana tu....??"
"Itu bukan mercun roketttt"
"Pergi letak balik colok Cina"..
"Tu colok cina buat sembahyang"

Selepas ibu Zamani terang barulah aku faham kenapa "mercun roket" Zamani tidak bernyala bila dicucuh dari bawah kerana cina menghidupkan colok dari bahagian atas.

Thursday 31 March 2011

Nostalgia : Zaman kecilku (part 1)

Waktu waktu aku bersendirian, aku banyak terkenangkan perjalanan hidup aku selama ini. Terlalu banyak perkara yang beri pengajaran, keinsafan, nasihat, muslihat pahit manis dan asam garam dalam kehidupan. Hampir semua aku telah lalui. Bukan suatu masa yang singkat... semuanya aku lalui dalam masa hampir empat puluh tahun.

Zaman kanak kanak aku penuh dengan rasa sedih serta duka berbanding orang lain yang sebaya. Seawal umur enam tahun hidup aku berpindah randah, bertukar tangan antara umi dan ayah. Pergolakan dan perpisahan ibubapa menyukarkan kehidupan sekeluarga.  

Aku masih ingat satu masa dulu bila tiba cuti sekolah aku akan tinggal bersama umi untuk beberapa ketika dan masih terbayang dimata bila umi membawa aku ke rumah saudara. Aku lihat ada lelaki sedang menunggu di tepi motorsikal.. umi kemudianya berbual dengan saudara dan lelaki asing itu. Agak lama.. dan akhirnya lelaki itu memegang dan mendukung aku lalu diletakkan di dalam raga motosikal sambil terus menghidupkan enjin..
aku panik dan memangil umi supaya selamatkan aku dari lelaki yang aku tidak kenali. 




”umiiiii...”
”umiii tolonggg”
”nak umiiiii”...



Aku memanggil umi berulang kali, menjerit jerit minta diselamatkan tapi umi tak mampu berbuat apa apa. Umi hanya memandang aku yang masih menangis memanggil umi. Motosikal kemudiannya berlalu meninggalkan umi.. aku masih lagi menjerit menangis menghulurkan tangan memanggil umi hinggalah umi hilang dari pandangan. Aku menangis di atas motorsikal yang dipecut laju.

Setelah beberapa lama, aku dan lelaki itu tiba disebuah rumah.. di perkampungan nelayan. Rumah kayu di tepi jalan mengadap pantai. Aku takut, rasa terasing bila dikelilingi oleh orang yang aku tidak kenali. Aku tidak ingat apa yang terjadi selepas itu dan aku hanya tahu pada waktu petang aku dibawa berjalan jalan bersama kanak kanak lain di tepi pantai. Aku hanya mendiamkan diri. Malam itu aku tidur di satu tempat yang cukup asing..   

Keesokkan harinya, aku dibawa menaiki motorsikal oleh lelaki yang sama. Menuju ke satu tempat yang aku tidak pasti. Perjalanan yang cukup jauh. Aku tidak lagi menangis tapi hanya mendiamkan diri. Hairan kenapa umi membiarkan aku diambil oleh lelaki asing ini. Dan aku terpaksa mengikutinya tanpa bantah. Perjalanan hari itu memenatkan. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Aku hanya ingat kami berhenti di suatu tempat lagi kali ini dan bermalam di situ. Disebuah rumah berhampiran klinik desa.

Perjalanan diteruskan esoknya hinggalah tengahari itu aku tiba di satu daerah. Aku masih ingat lagi, aku terpandang satu rumah besar dan tertera perkataan `Siong’ di atapnya. 
Kata lelaki asing, itu kilang televisyen... tempat orang memasang TV hitam putih. Semasa di atas motosikal aku memerhatikan keadaan sekeliling, perkampungan yang tenang… jarak antara satu satu rumah agak jauh, pasirnya memutih dan banyak pokok gelang tikus di kawasan tersebut.  Akhirnya kami tiba di sebuah rumah besar berwarna biru dan berpagar kawat. Keliling rumah banyak pokok gajus dan lalang di kawasan halaman. Rumah kayu bertiang tinggi dan tangganya mengadap pintu pagar.

Aku di bawa masuk ke dalam rumah dan disambut oleh seorang wanita bersama anak perempuannya. Aku kemudiannya faham lelaki asing itu adalah ayah kandung. Lantaran berpisah, ayah dan umi merebut hak untuk menjaga aku. Tapi kenapa aku?. Sedang ayah tidak merebut hak untuk menjaga abang dan kakak. Wanita itu adalah ibu tiri dan anak tunggal perempuan yang aku kenali sebagai Nor. Kehidupan aku di tempat baru tidak begitu menggembirakan. Kebanyakkan masa aku habiskan bersendirian. Aku akan bermain disekitar rumah.. memanjat pokok gajus atau pokok jambu batu yang tumbuh tinggi di kawasan dapur. Ada masa aku akan bermain perang berseorangan, akulah hero dan akulah musuhnya. Aku merangkak mengendap musuh disebalik lalang. Aku tembak.. kemudiannya aku berlari menukar watak menjadi musuh. Aku terbaring di atas lalang berpura pura menjadi musuh yang mati ditembak. Hidup aku tidak ada warna warna ceria bermain bersama anak anak kampung. Aku hanya dengan duniaku.

Aku akhirnya sudah boleh membiasakan diri dengan persekitaran yang serba baru... pun begitu aku masih menghabiskan waktu seharian berseorangan. Aku masih ingat teman aku yang paling baik adalah seekor ibu kucing. Ibu kucing yang baru melahirkan anak. Aku akan turun ke tanah dan berlari ke bawah rumah.. melihat ibu kucing sedang menyusukan anak anaknya di dalam kotak televisyen besar yang tergantung di bawah rumah. Sering juga aku akan masuk ke dalam kotak itu untuk bermain bersama sama anak kucing. Malah aku pernah tertidur di dalam kotak itu.

Lama kelamaan, aku mula lupa pada umi.                              

Sejak tinggal bersama ayah, aku banyak habiskan masa bersendirian di rumah. Dan aku masih lagi dengan sikap nakal.. memanjat pokok gajus pada waktu tengahari, bermain bersama kucing atau perang di halaman rumah. Ayah tidak pernah marah pada aku. Ayah juga jarang berbual bertanyakan sesuatu pada aku. Hidup aku sunyi dan bosan.

Ada ketika aku cuba cuba berjalan meninjau kawasan sekitar.. berjalan di dalam kampung. Di situ aku kenali seorang nenek.. yang cukup memanjakan aku. Nenek tua yang langsung tiada pertalian persaudaraan. Nenek tinggal seorang diri dan aku dianggap seperti cucu sendiri. Pernah juga aku menemani nenek pada waktu malam. Rumah nenek buruk, hanya bertemankan cahaya dari pelita.. pun begitu jiwa nenek besar. Jiwa nenek mulia.. nenek tidak menganggap kehadiran aku menyusahkan. Nenek sering juga bertanya kalau kalau aku mahu makan sesuatu dan akan cuba memenuhi kehendak aku. Aku masih ingat nenek menggoreng ayam pada waktu malam... tapi ayam nenek masin kerana nenek rabun. 

Ayah jarang bertanya pada aku, ke mana aku menghilang atau apa yang aku lakukan sepanjang hari. Manakala aku menghabiskan masa dengan bermain tanpa mengira masa, panas atau hujan.          

Jika hujan aku akan lebih galak bermain di halaman rumah. Aku akan bermain kapal dari gabus.



Kegemaran aku yang lain ialah mendengar radio... pada waktu tengahari. Rancangan ”Hello Skot” paling aku minati. Entah kenapa rancangan radio itu menarik perhatian aku. Aku sukakan rentak lagu yang dimainkan di radio. Tapi apa yang lebih menterujakan adalah waktu aku sedang bermain hujan di halaman... aku lihat ramai askar sedang berjalan kaki di hadapan rumah dan mereka semua melompat ke dalam lopak air sebaik terdengar suara menjerit ”musuh”. Aku kagum dengan pakaian dan senjata mereka... mereka juga tangkas!.           

Tuesday 29 March 2011

Pagi yang menyeksakan

Hari ini antara hari paling menyeksakan terutamanya pada waktu pagi.

Alarm handphone berbunyi tepat pukul 5 pagi. Tapi aku rasa masih terlalu awal sedangkan pada hari lain aku boleh bingkas bangun dari tempat tidur. Cuma pagi tadi aku rasa berat mata.. tak puas tidur. Rasa seperti aku baru saja lelap dan alarm terus berbunyi. Tak lama kemudian alarm berbunyi sekali lagi, kali ini jam menunjukkan pukul 5.15 pagi. Pun aku rasa masih awal. Memang sudah jadi kebiasaan aku akan tetapkan 3 alarm untuk setiap 15 minit. Masih ada 15 minit untuk aku sambung tidur. Mungkin sebab aku kepenatan, aku malas bangun awal. Kebiasaan aku boleh terus bangun dan tuju bilik air sebaik alarm pertama berbunyi. 15 minit lagi untuk sambung tidur, masa itu emas..

Kali ke 3 alarm berbunyi dan kali ini aku tak ada alasan untuk sambung tidur lagi. Aku terus bangun, kemaskan tempat tidur dan mandi.. dan kebetulan hujan diluar, cuaca sejuk. Nasib baik ada water heater jadi aku mandi lama... hingga badan terasa panas, puas. Selesai mandi, aku bergegas.. segala gala perlu pantas. Kalau aku lambat banyak perkara aku akan ketinggalan dan sudah menjadi rutin semuanya perlu cepat, pantas sebaik jam 6 pagi. 

Selesai saja aku solat subuh, aku terus mengenakan coverall - bersiap siap untuk ke tempat kerja. Hujan masih turun renyai renyai.. aku kira mungkin hujan lebat malam tadi dan renyai renyai hingga ke pagi. Tepat 6.30 pagi aku sudah berada di atas jalan raya, memandu ke pejabat.. pagi waktu yang paling segar untuk memandu dan tak perlu memecut tapi sekadar memandu sambil melayan perasaan pada seseorang..




Jalanraya masih lengang, gelap. Cuma sekali sekala ada kereta lain memotong kereta aku. Sepanjang pemanduan aku dari rumah hingga ke kawasan Giant Kijal, semuanya lancar dan selesa hinggalah aku sampai ke kawasan Meraga Beris. Kerana jalanraya yang agak gelap sebab tiada lampu jalan, aku hampir saja terlanggar lopak air yang sudah melimpah ke tepi jalan. Aku cukup bimbang keadaan seperti itu. Tahun lepas aku hampir saja terbabas sebab insiden yang sama.

Segala galanya masih gelap, senyap..masih awal pagi. Aku pandu perlahan melintasi kawasan Hotel Awana Kijal menuju ke Kemasik. Sebaik tiba di situ seperti biasa aku akan berhenti untuk bersarapan. Menu harian - nasi lemak separuh dan air teh 'o' suam atau teh tarik kurang manis.

Pukul 7 pagi selesai bersarapan, aku meneruskan pemanduan ke pejabat yang terletak di Kerteh.. lebih kurang 40 - 44km dari rumah.

Tapi pagi ni aku rasa kelainan, aku lihat banyak kereta tersadai di tepi jalan sepanjang kawasan perumahan Rantau Bukit... dan ada 3 buah kereta diletakkan di atas pembahagi jalan. Aku fikirkan ada kemalangan berlaku di kawasan ini tapi aku perlahankan kereta.. yang ada hanyalah deretan kereta. Barulah aku terperasan kawasan perumahan Rantau Bukit banjir rupanya. Aku masih memandu dan seperti yang dijangkakan air melimpah ke atas jalan berhadapan pasaraya L-Mart dan jalan dilencongkan dengan papan tanda polis.



Setibanya di kawasan lampu isyarat berhampiran Balai Polis Kerteh, aku nampak keadaan sedikit kacau bilau..  diluar kebiasaan. Kawasan balai polis ditenggelami air dan kereta yang keluar dari kawasan berdekatan terpaksa bersesak di persimpangan lampu isyarat dengan kenderaan dari arah Kemaman dan Terengganu. Keadaan semakin kelam kabut, jalan untuk ke arah Kerteh di lencongkan ke 3 arah - ada kenderaan menggunakan laluan di hadapan masjid Kerteh, sebahagian menggunakan laluan kawasan berhampiran Kerteh Lounge dan ada meneruskan perjalanan mengikut jalan raya yang biasa aku lalu setiap hari.

Hasilnya aku pening.. mana satu arah yang patut aku ikut?.

Akibat keadaan yang terlalu bersesak dan mendesak, aku silap buat perkiraan... signal ke kanan - aku pusing ke kiri. Nasib baik tidak ada kereta atau lori. Kalau tidak mesti kereta aku dirempuh kenderaan lain.



Aku ambil laluan berhadapan masjid tapi jalan juga sesak, sendat dan hampir semua kereta yang di hadapan bertindak berpatah balik.. dan aku tidak ada pilihan turut buat keputusan yang sama. Aku terpaksa menggunakan jalan yang biasa aku guna. Tiba saja berhampiran jejantas berhadapan restoran McDonald Kerteh, trafik tergendala.. jalanraya sesak teruk. Sepanjang 3 tahun aku bekerja di sini tidak pernah aku tengok keadaan sebegini teruk. Ada kereta yang dari arah Kuala Terengganu memasuki laluan aku, ada yang berpatah balik..... semuanya kerana banjir. Air melimpah kawasan jalan dan beberapa buah kereta kelihatan tersadai hingga berlaku kemalangan.

Hampir 45 minit aku tersadai bersama orang lain yang tersalah masuk ke laluan tu. Air mulai melimpah ke atas jalan bermula dari kawasan masjid Kerteh hingga ke persimpangan lampu isyarat McDonald - Airport Kerteh. Selepas beberapa lama barulah aku boleh berpatah balik dan mengikut kenderaan lain meredah air yang hampir mencecah ekzos kereta. Laluan alternatif, aku terpaksa gunakan jalan di kawasan perumahan Panalex untuk ke tempat kerja.

Dari situ hujan turun dengan lebat sehinggalah ke kawasan Kompleks Petroleum Petronas. Hujan yang agak luarbiasa lebat, aku kira jarak penglihatan hanya sekadar sejauh 5 - 10 meter.

Pagi yang menyeksakan, aku ke tempat kerja dengan lenguh kaki yang amat sangat sebab terlalu kerap menekan 'clutch' dan kesejukkan kerana coverall basah sebaik ke luar dari kereta di parking lot menuju pejabat.

Dan akhbar hari ini mengatakan lebih 400 orang penduduk di Terengganu terpaksa dipindahkan kerana banjir.

Pada mereka yang hanya terima hujan sekali sekala - Bersyukurlah.

Sunday 27 March 2011

Mimpi


Ada yang kata mimpi itu mainan tidur. Mimpi dipengaruhi perasaan sewaktu sebelum tidur atau yang dialami pada waktu siang hari. Lihat saja pada kanak kanak, jika mereka bermain, gelak ketawa dan gembira sepanjang hari tidak mustahil mereka akan terbawa bawa peristiwa yang mereka lakukan ke dalam mimpi dan seterusnya mengigau. Tidak semesti hanya perkara yang menggembirakan tapi juga perkara yang menyedihkan mereka.

Begitu juga dengan orang dewasa... mimpi mereka juga akan dipengaruhi perasaan yang dialami pada waktu siang atau sebelum tidur... ada kala bercakap, ketawa atau juga menangis.. Semuanya berlaku dibawah sedar mahupun separa sedar.



Dan aku, sudah banyak kali alami perkara begitu. Bukan saja bercakap.. ada masa menangis malah melakukan sesuatu.

Pernah satu masa dulu waktu masih membujang.. aku mimpi bergaduh dengan seseorang. Aku tak bergaduh atau bertumbuk dengan sesiapa pada siang hari atau sebelum tidur tapi mungkin kerana perasaan tidak puashati atau ada terbuku sesuatu di dalam hati, semuanya terbawa bawa ke dalam mimpi.. kemuncak pada mimpi aku, aku menyepak seseorang sekuat kuat hati..hinggakan aku terdengar bunyi seperti berdengung..kaki aku terasa sakit.. dan sebaik aku menyepak seseorang, aku terus celikkan mata..dan kaki aku memang terasa sakit hasil aku menyepak dinding tepi katil... penangan mimpi gila aku malam itu.

Acapkali juga aku bermimpi... mimpi jatuh bangunan juga kerap. Kata orang mimpi begitu menandakan kita gagal dalam apa apa pekerjaan yang kita sedang buat atau inginkan. Entahlah.. mungkin ada kebenaran. Acapkali juga aku gagal bila teringinkan sesuatu.

Satu masa dulu selepas kawin.. lebih beberapa bulan selepas kawin.. antara separa sedar, aku bangun dan mencium bantal. Aku boleh nampak isteri aku bangun dan perhatikan perbuatan aku tapi semuanya berlaku diluar kawalan.. aku masih di dalam mimpi, separa sedar ... hasilnya, kami bertekak awal pagi semuanya kerana mimpi merepek dan aku mengigau. Aku cuba terangkan yang aku bermimpi mencium seorang budak.. tapi isteri mana yang mahu telan bulat bulat cakap suaminya bila berkeadaan begitu.. hahahaaa.

Dulu, kadangkala mimpi aku bukan saja boleh menyakitkan diri sendiri tapi juga orang yang berada atau tidur berhampiran.. dan lucu bila diingatkan balik. Malam itu, mungkin kerana kepenatan..aku bermimpi menaiki sebuah gerabak keretapi..bila aku toleh kebelakang aku lihat ramai budak budak berkulit hitam dan kepala botak sedang memerhatikan aku. Semuanya sedang tersengih dan rupa mereka menakutkan. Aku kemudiannya berdiri dihadapan pintu gerabak. Bila aku pandang ke luar gerabak yang sedang bergerak laju, aku lihat masih ramai budak budak yang telanjang bogel berkulit hitam berkilat dan berkepala botak sedang mengejar gerabak yang aku naiki.. aku jadi panik. 

Jumlahnya cukup ramai dan tiba tiba ada di antara mereka yang sempat berpaut pada pintu gerabak sambil tersengih membuatkan aku jadi begitu takut.. kerana bimbang mereka semua akan naik dan memenuhi gerabak.. aku ketuk kepala seorang demi seorang. Ada yang terjatuh tapi entah mengapa ada seorang budak itu cukup degil, walaupun aku ketuk kepalanya berulangkali tapi masih kuat berpegang pada pintu gerabak. Aku jadi semakin panik dan mengetuk kepalanya sekuat kuat hati dan akhirnya aku dengar suara bising serentak tangan aku ditepis.. aku terjaga dan melihat isteri aku membebel sambil menggosok kepala. Marahkan aku kerana mengetuk kepala dia sekuat hati..malam itu aku terpaksa mendengar isteri membebel...