Aku tinggal bersama ayah dan keluarganya dalam tempoh yang agak lama. Sepanjang aku di sana pelbagai peristiwa yang aku alami dan sebahagiannya aku mash ingat hingga ke hari ini. Aku tidak diberi apa apa keistimewaan di dalam keluarga bukan sahaja perhatian tapi juga makan minum seharian.
Ayah seorang yang agak berkira dalam perbelanjaan seharian. Walaupun gaji ayah aku kira agak "lumayan" pada ketika itu. Ayah yang bekerja sebagai seorang guru, kakitangan kerajaan pada waktu itu di anggap sebagai seorang yang berjawatan tinggi dan di hormati oleh masyarakat sekeliling. Selain itu ayah juga mengusahakan ternakan sendiri. Dan aku sering diminta menolong ayah mengusahakan ternakannya, memelihara berbagai jenis ayam, itik, dan angsa.

Aku masih ingat setiap hari selasa atau rabu, ayah akan menyuruh aku mengutip biji gajus di sekeliling rumah untuk dijemur selama beberapa hari sebelum digoreng hingga hitam seperti arang.. dan tugas aku berterusan, aku akan mengetuk biji gajus yang hangus untuk di ambil isi dan dimasukkan ke dalam tin Milo.
Sewaktu kecil aku seorang yang penakut, takut dengan keadaan gelap. Memandangkan rumah hanya mempunyai dua bilik, satu untuk ayah dan isteri manakala satu lagi digunakan oleh anak perempuan mereka dan aku terpaksa tidur di ruang tamu. Kerana takut tidur berseorangan dan gelap, kebiasaannya aku akan tidur berdekatan dengan bilik ayah. Aku menyorong tilam kekabu ke bawah meja yang biasa ayah gunakan. Kepala aku akan berada dibawah meja tapi kaki terjulur ke luar.
Tinggal bersama ayah tidak ada apa yang istimewa dan menggembirakan.

Sepanjang aku tinggal disitu, pernah sekali umi datang melawat aku bersama bapa saudara. Aku masih ingat bapa saudara bercakap cakap dengan ayah dan umi berdiri diluar pagar, menangis memanggil nama aku.. tapi aku pada ketika itu sudah lupakan umi. Aku tidak mengenali umi dan aku menyorok di belakang ayah. Umi masih juga menangis melambai dan memanggil aku supaya datang mendapatkannya. Aku yang tidak mengerti apa apa hanya berdiri dan mengintai dari belakang ayah. Setelah beberapa lama umi begitu, mereka akhirnya berlalu dari situ dengan menaiki sebuah kereta. Aku bertanya pad ayah siapa tetamu yang datang ke rumah.
"Orang jahat" jawab ayah.
Semasa kecil aku memang agak nakal. Mungkin kerana aku satu satu anak lelaki dalam "keluarga" itu dan tidak mempunyai teman sepermainan. Adakala aku bermain atas pokok jambu dan gajus, ada ketika aku menyeksa ayam dan ternakan ayah.. selalunya yang menjadi mangsa adalah ayam belanda yang suka membuat bising.

Seingat aku, aku hanya mula berkawan bila adanya kawasan pembinaan yang maha luas di seberang jalan berhadapan dengan rumah. Di situ aku mengenali seorang anak buruh binaan yang dikenali dengan nama Zamani. Juga seorang yang nakal... seperti aku.
Pernah satu masa Zamani bertanya kalau kalau aku ingin bermain mercun roket. Kata Zamani dia terjumpa beberapa batang mercun berhampiran kantin tempat ibunya berniaga.
Zamani tunjukkan kepada aku "roket" kepunyaanya. Zamani kemudiannya menyalakan mancis sebatang demi sebatang tapi roket masih tidak terbakar. Aku bertanya ke mana pergi "sumbu" roket dan sebab tiada sumbulah roket tak terbakar dan tidak terbang ke langit. Aku masih leka perhatikan Zamani. Tiba tiba ibu Zamani menjerit... marahkan kami berdua dan aku hanya tercegat.
"Buat apa tu... ambil kat mana tu....??"
"Itu bukan mercun roketttt"
"Pergi letak balik colok Cina"..
"Tu colok cina buat sembahyang"
Selepas ibu Zamani terang barulah aku faham kenapa "mercun roket" Zamani tidak bernyala bila dicucuh dari bawah kerana cina menghidupkan colok dari bahagian atas.
No comments:
Post a Comment