Waktu waktu aku bersendirian, aku banyak terkenangkan perjalanan hidup aku selama ini. Terlalu banyak perkara yang beri pengajaran, keinsafan, nasihat, muslihat pahit manis dan asam garam dalam kehidupan. Hampir semua aku telah lalui. Bukan suatu masa yang singkat... semuanya aku lalui dalam masa hampir empat puluh tahun.
Lama kelamaan, aku mula lupa pada umi.
Zaman kanak kanak aku penuh dengan rasa sedih serta duka berbanding orang lain yang sebaya. Seawal umur enam tahun hidup aku berpindah randah, bertukar tangan antara umi dan ayah. Pergolakan dan perpisahan ibubapa menyukarkan kehidupan sekeluarga.
Aku masih ingat satu masa dulu bila tiba cuti sekolah aku akan tinggal bersama umi untuk beberapa ketika dan masih terbayang dimata bila umi membawa aku ke rumah saudara. Aku lihat ada lelaki sedang menunggu di tepi motorsikal.. umi kemudianya berbual dengan saudara dan lelaki asing itu. Agak lama.. dan akhirnya lelaki itu memegang dan mendukung aku lalu diletakkan di dalam raga motosikal sambil terus menghidupkan enjin.. aku panik dan memangil umi supaya selamatkan aku dari lelaki yang aku tidak kenali.
Aku memanggil umi berulang kali, menjerit jerit minta diselamatkan tapi umi tak mampu berbuat apa apa. Umi hanya memandang aku yang masih menangis memanggil umi. Motosikal kemudiannya berlalu meninggalkan umi.. aku masih lagi menjerit menangis menghulurkan tangan memanggil umi hinggalah umi hilang dari pandangan. Aku menangis di atas motorsikal yang dipecut laju.
Setelah beberapa lama, aku dan lelaki itu tiba disebuah rumah.. di perkampungan nelayan. Rumah kayu di tepi jalan mengadap pantai. Aku takut, rasa terasing bila dikelilingi oleh orang yang aku tidak kenali. Aku tidak ingat apa yang terjadi selepas itu dan aku hanya tahu pada waktu petang aku dibawa berjalan jalan bersama kanak kanak lain di tepi pantai. Aku hanya mendiamkan diri. Malam itu aku tidur di satu tempat yang cukup asing..

”umiiiii...”
”umiii tolonggg”
”nak umiiiii”...

Keesokkan harinya, aku dibawa menaiki motorsikal oleh lelaki yang sama. Menuju ke satu tempat yang aku tidak pasti. Perjalanan yang cukup jauh. Aku tidak lagi menangis tapi hanya mendiamkan diri. Hairan kenapa umi membiarkan aku diambil oleh lelaki asing ini. Dan aku terpaksa mengikutinya tanpa bantah. Perjalanan hari itu memenatkan. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Aku hanya ingat kami berhenti di suatu tempat lagi kali ini dan bermalam di situ. Disebuah rumah berhampiran klinik desa.
Perjalanan diteruskan esoknya hinggalah tengahari itu aku tiba di satu daerah. Aku masih ingat lagi, aku terpandang satu rumah besar dan tertera perkataan `Siong’ di atapnya. Kata lelaki asing, itu kilang televisyen... tempat orang memasang TV hitam putih. Semasa di atas motosikal aku memerhatikan keadaan sekeliling, perkampungan yang tenang… jarak antara satu satu rumah agak jauh, pasirnya memutih dan banyak pokok gelang tikus di kawasan tersebut. Akhirnya kami tiba di sebuah rumah besar berwarna biru dan berpagar kawat. Keliling rumah banyak pokok gajus dan lalang di kawasan halaman. Rumah kayu bertiang tinggi dan tangganya mengadap pintu pagar.

Aku di bawa masuk ke dalam rumah dan disambut oleh seorang wanita bersama anak perempuannya. Aku kemudiannya faham lelaki asing itu adalah ayah kandung. Lantaran berpisah, ayah dan umi merebut hak untuk menjaga aku. Tapi kenapa aku?. Sedang ayah tidak merebut hak untuk menjaga abang dan kakak. Wanita itu adalah ibu tiri dan anak tunggal perempuan yang aku kenali sebagai Nor. Kehidupan aku di tempat baru tidak begitu menggembirakan. Kebanyakkan masa aku habiskan bersendirian. Aku akan bermain disekitar rumah.. memanjat pokok gajus atau pokok jambu batu yang tumbuh tinggi di kawasan dapur. Ada masa aku akan bermain perang berseorangan, akulah hero dan akulah musuhnya. Aku merangkak mengendap musuh disebalik lalang. Aku tembak.. kemudiannya aku berlari menukar watak menjadi musuh. Aku terbaring di atas lalang berpura pura menjadi musuh yang mati ditembak. Hidup aku tidak ada warna warna ceria bermain bersama anak anak kampung. Aku hanya dengan duniaku.
Aku akhirnya sudah boleh membiasakan diri dengan persekitaran yang serba baru... pun begitu aku masih menghabiskan waktu seharian berseorangan. Aku masih ingat teman aku yang paling baik adalah seekor ibu kucing. Ibu kucing yang baru melahirkan anak. Aku akan turun ke tanah dan berlari ke bawah rumah.. melihat ibu kucing sedang menyusukan anak anaknya di dalam kotak televisyen besar yang tergantung di bawah rumah. Sering juga aku akan masuk ke dalam kotak itu untuk bermain bersama sama anak kucing. Malah aku pernah tertidur di dalam kotak itu.
Lama kelamaan, aku mula lupa pada umi.
Sejak tinggal bersama ayah, aku banyak habiskan masa bersendirian di rumah. Dan aku masih lagi dengan sikap nakal.. memanjat pokok gajus pada waktu tengahari, bermain bersama kucing atau perang di halaman rumah. Ayah tidak pernah marah pada aku. Ayah juga jarang berbual bertanyakan sesuatu pada aku. Hidup aku sunyi dan bosan.
Ada ketika aku cuba cuba berjalan meninjau kawasan sekitar.. berjalan di dalam kampung. Di situ aku kenali seorang nenek.. yang cukup memanjakan aku. Nenek tua yang langsung tiada pertalian persaudaraan. Nenek tinggal seorang diri dan aku dianggap seperti cucu sendiri. Pernah juga aku menemani nenek pada waktu malam. Rumah nenek buruk, hanya bertemankan cahaya dari pelita.. pun begitu jiwa nenek besar. Jiwa nenek mulia.. nenek tidak menganggap kehadiran aku menyusahkan. Nenek sering juga bertanya kalau kalau aku mahu makan sesuatu dan akan cuba memenuhi kehendak aku. Aku masih ingat nenek menggoreng ayam pada waktu malam... tapi ayam nenek masin kerana nenek rabun.

Ayah jarang bertanya pada aku, ke mana aku menghilang atau apa yang aku lakukan sepanjang hari. Manakala aku menghabiskan masa dengan bermain tanpa mengira masa, panas atau hujan.
Jika hujan aku akan lebih galak bermain di halaman rumah. Aku akan bermain kapal dari gabus.
Kegemaran aku yang lain ialah mendengar radio... pada waktu tengahari. Rancangan ”Hello Skot” paling aku minati. Entah kenapa rancangan radio itu menarik perhatian aku. Aku sukakan rentak lagu yang dimainkan di radio. Tapi apa yang lebih menterujakan adalah waktu aku sedang bermain hujan di halaman... aku lihat ramai askar sedang berjalan kaki di hadapan rumah dan mereka semua melompat ke dalam lopak air sebaik terdengar suara menjerit ”musuh”. Aku kagum dengan pakaian dan senjata mereka... mereka juga tangkas!.
No comments:
Post a Comment