Hari ini antara hari paling menyeksakan terutamanya pada waktu pagi.
Dari situ hujan turun dengan lebat sehinggalah ke kawasan Kompleks Petroleum Petronas. Hujan yang agak luarbiasa lebat, aku kira jarak penglihatan hanya sekadar sejauh 5 - 10 meter.
Pagi yang menyeksakan, aku ke tempat kerja dengan lenguh kaki yang amat sangat sebab terlalu kerap menekan 'clutch' dan kesejukkan kerana coverall basah sebaik ke luar dari kereta di parking lot menuju pejabat.
Dan akhbar hari ini mengatakan lebih 400 orang penduduk di Terengganu terpaksa dipindahkan kerana banjir.
Pada mereka yang hanya terima hujan sekali sekala - Bersyukurlah.
Alarm handphone berbunyi tepat pukul 5 pagi. Tapi aku rasa masih terlalu awal sedangkan pada hari lain aku boleh bingkas bangun dari tempat tidur. Cuma pagi tadi aku rasa berat mata.. tak puas tidur. Rasa seperti aku baru saja lelap dan alarm terus berbunyi. Tak lama kemudian alarm berbunyi sekali lagi, kali ini jam menunjukkan pukul 5.15 pagi. Pun aku rasa masih awal. Memang sudah jadi kebiasaan aku akan tetapkan 3 alarm untuk setiap 15 minit. Masih ada 15 minit untuk aku sambung tidur. Mungkin sebab aku kepenatan, aku malas bangun awal. Kebiasaan aku boleh terus bangun dan tuju bilik air sebaik alarm pertama berbunyi. 15 minit lagi untuk sambung tidur, masa itu emas..
Kali ke 3 alarm berbunyi dan kali ini aku tak ada alasan untuk sambung tidur lagi. Aku terus bangun, kemaskan tempat tidur dan mandi.. dan kebetulan hujan diluar, cuaca sejuk. Nasib baik ada water heater jadi aku mandi lama... hingga badan terasa panas, puas. Selesai mandi, aku bergegas.. segala gala perlu pantas. Kalau aku lambat banyak perkara aku akan ketinggalan dan sudah menjadi rutin semuanya perlu cepat, pantas sebaik jam 6 pagi.

Selesai saja aku solat subuh, aku terus mengenakan coverall - bersiap siap untuk ke tempat kerja. Hujan masih turun renyai renyai.. aku kira mungkin hujan lebat malam tadi dan renyai renyai hingga ke pagi. Tepat 6.30 pagi aku sudah berada di atas jalan raya, memandu ke pejabat.. pagi waktu yang paling segar untuk memandu dan tak perlu memecut tapi sekadar memandu sambil melayan perasaan pada seseorang..
Segala galanya masih gelap, senyap..masih awal pagi. Aku pandu perlahan melintasi kawasan Hotel Awana Kijal menuju ke Kemasik. Sebaik tiba di situ seperti biasa aku akan berhenti untuk bersarapan. Menu harian - nasi lemak separuh dan air teh 'o' suam atau teh tarik kurang manis.
Pukul 7 pagi selesai bersarapan, aku meneruskan pemanduan ke pejabat yang terletak di Kerteh.. lebih kurang 40 - 44km dari rumah.
Tapi pagi ni aku rasa kelainan, aku lihat banyak kereta tersadai di tepi jalan sepanjang kawasan perumahan Rantau Bukit... dan ada 3 buah kereta diletakkan di atas pembahagi jalan. Aku fikirkan ada kemalangan berlaku di kawasan ini tapi aku perlahankan kereta.. yang ada hanyalah deretan kereta. Barulah aku terperasan kawasan perumahan Rantau Bukit banjir rupanya. Aku masih memandu dan seperti yang dijangkakan air melimpah ke atas jalan berhadapan pasaraya L-Mart dan jalan dilencongkan dengan papan tanda polis.
Setibanya di kawasan lampu isyarat berhampiran Balai Polis Kerteh, aku nampak keadaan sedikit kacau bilau.. diluar kebiasaan. Kawasan balai polis ditenggelami air dan kereta yang keluar dari kawasan berdekatan terpaksa bersesak di persimpangan lampu isyarat dengan kenderaan dari arah Kemaman dan Terengganu. Keadaan semakin kelam kabut, jalan untuk ke arah Kerteh di lencongkan ke 3 arah - ada kenderaan menggunakan laluan di hadapan masjid Kerteh, sebahagian menggunakan laluan kawasan berhampiran Kerteh Lounge dan ada meneruskan perjalanan mengikut jalan raya yang biasa aku lalu setiap hari.
Hasilnya aku pening.. mana satu arah yang patut aku ikut?.
Akibat keadaan yang terlalu bersesak dan mendesak, aku silap buat perkiraan... signal ke kanan - aku pusing ke kiri. Nasib baik tidak ada kereta atau lori. Kalau tidak mesti kereta aku dirempuh kenderaan lain.
Aku ambil laluan berhadapan masjid tapi jalan juga sesak, sendat dan hampir semua kereta yang di hadapan bertindak berpatah balik.. dan aku tidak ada pilihan turut buat keputusan yang sama. Aku terpaksa menggunakan jalan yang biasa aku guna. Tiba saja berhampiran jejantas berhadapan restoran McDonald Kerteh, trafik tergendala.. jalanraya sesak teruk. Sepanjang 3 tahun aku bekerja di sini tidak pernah aku tengok keadaan sebegini teruk. Ada kereta yang dari arah Kuala Terengganu memasuki laluan aku, ada yang berpatah balik..... semuanya kerana banjir. Air melimpah kawasan jalan dan beberapa buah kereta kelihatan tersadai hingga berlaku kemalangan.
Hampir 45 minit aku tersadai bersama orang lain yang tersalah masuk ke laluan tu. Air mulai melimpah ke atas jalan bermula dari kawasan masjid Kerteh hingga ke persimpangan lampu isyarat McDonald - Airport Kerteh. Selepas beberapa lama barulah aku boleh berpatah balik dan mengikut kenderaan lain meredah air yang hampir mencecah ekzos kereta. Laluan alternatif, aku terpaksa gunakan jalan di kawasan perumahan Panalex untuk ke tempat kerja.
Jalanraya masih lengang, gelap. Cuma sekali sekala ada kereta lain memotong kereta aku. Sepanjang pemanduan aku dari rumah hingga ke kawasan Giant Kijal, semuanya lancar dan selesa hinggalah aku sampai ke kawasan Meraga Beris. Kerana jalanraya yang agak gelap sebab tiada lampu jalan, aku hampir saja terlanggar lopak air yang sudah melimpah ke tepi jalan. Aku cukup bimbang keadaan seperti itu. Tahun lepas aku hampir saja terbabas sebab insiden yang sama.
Segala galanya masih gelap, senyap..masih awal pagi. Aku pandu perlahan melintasi kawasan Hotel Awana Kijal menuju ke Kemasik. Sebaik tiba di situ seperti biasa aku akan berhenti untuk bersarapan. Menu harian - nasi lemak separuh dan air teh 'o' suam atau teh tarik kurang manis.
Pukul 7 pagi selesai bersarapan, aku meneruskan pemanduan ke pejabat yang terletak di Kerteh.. lebih kurang 40 - 44km dari rumah.
Tapi pagi ni aku rasa kelainan, aku lihat banyak kereta tersadai di tepi jalan sepanjang kawasan perumahan Rantau Bukit... dan ada 3 buah kereta diletakkan di atas pembahagi jalan. Aku fikirkan ada kemalangan berlaku di kawasan ini tapi aku perlahankan kereta.. yang ada hanyalah deretan kereta. Barulah aku terperasan kawasan perumahan Rantau Bukit banjir rupanya. Aku masih memandu dan seperti yang dijangkakan air melimpah ke atas jalan berhadapan pasaraya L-Mart dan jalan dilencongkan dengan papan tanda polis.
Setibanya di kawasan lampu isyarat berhampiran Balai Polis Kerteh, aku nampak keadaan sedikit kacau bilau.. diluar kebiasaan. Kawasan balai polis ditenggelami air dan kereta yang keluar dari kawasan berdekatan terpaksa bersesak di persimpangan lampu isyarat dengan kenderaan dari arah Kemaman dan Terengganu. Keadaan semakin kelam kabut, jalan untuk ke arah Kerteh di lencongkan ke 3 arah - ada kenderaan menggunakan laluan di hadapan masjid Kerteh, sebahagian menggunakan laluan kawasan berhampiran Kerteh Lounge dan ada meneruskan perjalanan mengikut jalan raya yang biasa aku lalu setiap hari.
Hasilnya aku pening.. mana satu arah yang patut aku ikut?.
Akibat keadaan yang terlalu bersesak dan mendesak, aku silap buat perkiraan... signal ke kanan - aku pusing ke kiri. Nasib baik tidak ada kereta atau lori. Kalau tidak mesti kereta aku dirempuh kenderaan lain.
Aku ambil laluan berhadapan masjid tapi jalan juga sesak, sendat dan hampir semua kereta yang di hadapan bertindak berpatah balik.. dan aku tidak ada pilihan turut buat keputusan yang sama. Aku terpaksa menggunakan jalan yang biasa aku guna. Tiba saja berhampiran jejantas berhadapan restoran McDonald Kerteh, trafik tergendala.. jalanraya sesak teruk. Sepanjang 3 tahun aku bekerja di sini tidak pernah aku tengok keadaan sebegini teruk. Ada kereta yang dari arah Kuala Terengganu memasuki laluan aku, ada yang berpatah balik..... semuanya kerana banjir. Air melimpah kawasan jalan dan beberapa buah kereta kelihatan tersadai hingga berlaku kemalangan.
Hampir 45 minit aku tersadai bersama orang lain yang tersalah masuk ke laluan tu. Air mulai melimpah ke atas jalan bermula dari kawasan masjid Kerteh hingga ke persimpangan lampu isyarat McDonald - Airport Kerteh. Selepas beberapa lama barulah aku boleh berpatah balik dan mengikut kenderaan lain meredah air yang hampir mencecah ekzos kereta. Laluan alternatif, aku terpaksa gunakan jalan di kawasan perumahan Panalex untuk ke tempat kerja.
Dari situ hujan turun dengan lebat sehinggalah ke kawasan Kompleks Petroleum Petronas. Hujan yang agak luarbiasa lebat, aku kira jarak penglihatan hanya sekadar sejauh 5 - 10 meter.
Pagi yang menyeksakan, aku ke tempat kerja dengan lenguh kaki yang amat sangat sebab terlalu kerap menekan 'clutch' dan kesejukkan kerana coverall basah sebaik ke luar dari kereta di parking lot menuju pejabat.
Dan akhbar hari ini mengatakan lebih 400 orang penduduk di Terengganu terpaksa dipindahkan kerana banjir.
Pada mereka yang hanya terima hujan sekali sekala - Bersyukurlah.
No comments:
Post a Comment