Friday 29 July 2011

Ramadhan yang muram

credit to mohdapih.com




Ramadhan datang lagi... hanya tinggal lagi beberapa hari kita semua menyambut bulan yang mulia. Aku kira  sekarang pun sudah ramai yang mula buat persiapan untuk menyambut Syawal walau belum pun kita semua start berpuasa.

Ramadhan penuh bermakna pada ramai orang tapi tidak untuk aku. Tidak untuk kali ini dan mungkin tahun tahun berikutnya. Aku kini bersendirian tanpa sesiapa.. tanpa isteri dan anak.

Puasa kali ini cukup menyedihkan. Aku tidak lagi berpeluang untuk bersahur atau berbuka bersama mereka. Semuanya kerana kesilapan dan kealpaan aku. Sekiranya aku lebih peka.. perkara ini tidak mungkin akan berlaku.

Tidak.. bukan aku tidak prihatin dan tidak ambil peduli apa yang berlaku disekeliling tapi kerana aku lebih utama dan percaya pada si dia. Namun sifat jujur aku dibalas dengan seribu kepahitan. Dalam diam aku diketepikan dari hidupnya dan menjalinkan hubungan dengan seseorang tanpa pengetahuan aku.

Terlalu anyak perkara yang berlaku.. hidup aku terlalu sarat dengan kisah sedih. Terlalu panjang untk aku catatkan.. sekurang kurang tidak untuk waktu ini.

Aku masih bersedih.. tanggal 25 Jun 2011 - 4.44 pagi menjadi saksi bagaimana aku terpaksa melafazkan kalimah perpisahan lantaran memuaskan kehendaknya yang lebih ingin menjadi teman hidup kepada pihak ketiga walaupun aku berulangkali memujuk, merayu malah marah dan ugut betapa ikatan perkahwinan yang termeterai selama 7 tahun mungkin sukar ditaut kembali jika si dia tekad dengan keputusannya.

Hidup aku terlalu bercelaru.

Aku bukanlah seorang yang mudah untuk mengalirkan airmata.. tapi setiapkali aku terkenangkan kisah hidup dan saat bahagia aku bersama isteri serta anak satu masa dahulu, aku tak mampu untuk menahannya dari terus mengalir.

Hingga ke hari ini masih terngiang ngiang anak aku memanggil bila setiapkali aku melawatnya di Kuala Lumpur. Masih terbayang bayang bagaimana setiapkali aku bertemu anak.. pastinya tangan akan didepa dan minta didukung.

Kini semuanya sudah berakhir. Aku terpaksa teruskan hidup tanpa mereka.

Patah tak tumbuh, hilang tak berganti

Tak pasti bagaimana aku nak mulakan cerita kali ni

Tapi yang jelas sudah begitu lama aku tak mendengar sebarang cerita, khabar berita darinya.
Aku kehilangan seorang kawan yang cukup baik, akrab.. kawan sejati yang banyak menolong aku waktu kesusahan.

E, dulu kau lah yang paling setia menemani aku waktu aku dalam kesusahan. Engkaulah teman paling setia mendengar cerita dan engkau banyak berikan nasihat berguna.
Tapi kini kau hilang entah kenapa. Mungkin engkau terlalu sibuk dengan tugas harian. Yup, aku faham. Keadaan sekarang berbeza dan aku tidak boleh lagi mengharapkan kau terus mendengar cerita aku.

Secara jujur, aku sudah hilang teman setia. Dan secara kebetulan, aku sedang dihimpit masalah dan persoalan yang maha besar lagi berat. Aku tiada tempat mengadu. Dan sebenarnya aku juga tidak suka mengadu pada orang yang aku kurang mesra dan kenali...aku sudah tidak percaya pada orang di sekeliling aku. Pengalaman lalu mengajar aku menjadi lebih berhati hati. Kerana mulut dan pandangan orang lain lah yang buat keadaan bertukar sebegini rupa.

E, aku kehilangan orang yang amat aku sayangi dalam hidup. Tak perlulah aku nyatakan siapa. Malahan kehilangannya amat aku rasai. Kali ini hidup aku tidak lagi seperti dahulu.