Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak







Salam Ramadhan buat E sekeluarga

Diam tak diam Ramadhan muncul lagi.. aku kira ini ramadhan yang kedua E berada di sana. Rasa seolah olah sudah lama E berada di sana. Tinggal lagi 8 tahun E? Apa pun aku sentiasa berdoa E sekeluarga sihat sejahtera dan diberkati setiapkali selesai solat.

E.. sebenarnya tadi aku tergerak hati untuk meninjau blog ini selepas aku tinggalkan agak lama.. bukan kerana malas tapi kerana ada sedikit masalah peribadi dan berkebetulan aku baru sahaja baik sakit. Selama 2 tahun aku sakit dan 2 kali jugalah di bulan puasa aku pengsan dalam bilik air..

Bulan lepas aku kesakitan yang amat sangat..hinggakan aku tak dapat tidur dan bila aku ke bahagian kecemasan di Hospital Daerah sini.. mereka merawat aku dan berangapan aku sebenarnya angin.. dan simptomnya sebab aku mudah kembung perut.. macam baby pulak.. hasilnya aku kena inject ubat penahan sakit 4 jarum..aku terlantar di bilik kecemasan dari 8 malam hingga 12 malam.. tapi selang 2 hari kemudian aku rasa sakit semula dan kali ni aku bergegas ke hospital yang sama.. terlantar di bahagian kecemasan dari 12 malam hingga 6 pagi.. 5 suntikan aku dapat..4 di tangan 1 di punggung yang munggil hahahaha.

Nasib tak baik.. selang sehari aku sakit semula tapi kali ni aku ambil keputusan berubat cara kampung.. berurut tradisional.. lega lepas kena urut tapi selang 10 minit sakit lagi teruk.. aku susah nak bangun..akhirnya terpaksa pergi ke hospital jugak.. lepas aku terangkan pada pembantu perubatan yang aku pernah datang 2 kali dalam minggu yang sama barulah mereka buat keputusan untuk buat ultrasound. Kali ni barulah jelas penyebab sakit tu.. ada 3 biji baru karang dalam hempedu. 

Mereka dah daftar aku ke wad tapi aku buat keputusan keluar dari wad hospital kerajaan dan pergi ke Kuantan. Aku ke Kuantan Medical Centre.. 5 hari aku admitted.. doktor tak dapat operate sebab hempedu sedang bengkak..kes agak complicated.. kalau operate masa bengkak..doktor bimbang usus akan luka..seksa jugak 5 hari kat KMC.. makanan tak best.. nurse muda kurang ramah..nurse tua mata kurang nampak..!!! 2-3 kali jugak la nurse tua tu tenyeh drip anti biotik tak kena tenpat.. eee ngeri.

Lepas baik aku keluar dari KMC masuk kerja dan aku plan nak operate 21hb Jun 2012 kat KMC. Appointment pun dah buat dengan doktor.. tapi dalam masa yang sama aku pun ada jugak survey tempat lain yang boleh berubat cara batin.. kalau boleh nak elakkan dari kena operate.. last last abang aku yang sulung bagitau wife kawan pada officemate dia ada operate car batin kat Perak !!..  suksess..sekarang dah tak sakit sakit.

15hb Jun aku bertolak ke KL..bermalam kat rumah abang aku kat Kinrara satu malam. 16hb Jun pukul 2 petang aku satu keluarga bergerak ke Perak dengan harapan berkobar kobar..macam nak masuk Olimpik. Sampai petang kat sana..punya la lama menunggu kat bandar Kuala Kangsar. Lepas maghrib kawan dia datang jemput.. bergerak lagi kali ni ke Kampung Perik. Ntah kat mana la kampung ni.. malam gelap tak nampak apa. Rupaya bomoh tu berubat lepas waktu Isyak.. kena tunggu lagi tapi elok je lepas masuk waktu..tak lama lepas tu tok bomoh tu panggil naik. Masa tu kitaorang berkumpul kat ruang tamu.. tempat berubat kat ruang tamu lagi satu atas rumah..aku tengok tok bomoh tu membelakangkan aku.. bini tok bomoh suruh aku duduk kat belakang tok bomoh.. anak jantan tok bomoh pun ada kat sebelah mak dia..muka serius jer.. macam la aku nak tackle mak dia.

Masa nak berubat dan bila aku dah duduk kat belakangtok bomoh tu aku perasan asap berkepul kepul.. hati aku dah tak best.. apa pulak main kemenyan ni.. ni dah guna jin.. bab berubat guna kemenyan yang paling aku tak suka..kalau setakat limau, air penawar dan ayat Al-Quran tu kira okey lar.. tengah elok aku duduk kat belakang tok bomoh tu aku nampak ada limau nipis dengan pisau kat dalam pinggang, keris kecik 3 bilah di lilit kain kuning, bekas lain lagi.. aku tak ambil port.. tapi elok jer bila bomoh tu paling.. aku terperanjat..gerun pun ada.. rupanya bomoh tu menurun saka rimau..mata terbelalak..masa tu sempat lagi aku terfikir..hati aku terdetik..kalau dibuatnya tok bomoh ni sawan ker tak sedar ker di ambilnyer pisau tu rodok kat perut aku tak ke sia sia aku mati malam tu.

Tapi sebab dah depan tok bomoh tu aku terpaksa hadap lar.. doa banyak banyak dalam hati..so lepas tu ada la acara doa. selawat dan lepas tu bomoh tu tekan keris kecik kat hempedu..aku terkejut tapi sakit tu tak la sangat.. tapi bila bomoh tu sedut dengan mulut dia..aku rasa macam ada menda tajam cucuk masuk tembus kulit perut.. time tu aku rasa sakit..mengerang jugak lar..hilang macho dah..lantak lar aper orang nak cakap..lepas tu bomoh tu sembur batu dalam bekas.. lepas berubat aku tengok lar elok jer baru 3 biji dan habuk habuk batu.. malam tu aku balik KL dengan lapang hati.. tak sia sia datang dari jauh..kahkahkah lega.

Alang alang aku dah kat KL aku tangguh balik ke Trg. Aku tunda balik 18hb sebab nak ke Hospital Ampang Puteri jumpa doktor pakar, Dr Shuib.

Isnin tu aku jumpa Dr Shuib tapi aku tak cerita pasal dah berubat cara batin kat Perak. Kalau cerita kang tak pasal kena sound.. lagi pun doktor ni memang kenal rapat dengan famili aku. So doc suruh buat ultrasound.. aku pun dengan bangga pergi buat dan lepas makan tengahari aku pergi jumpa semula..perghh steady.. doc mesti terkejut bila tengok film ultrasound tu..lepas masuk tu aku tengok doc Shuib senyum.. okey lar Sham.. kalau tengok result ultrasound tadi memang confirm ada batu karang !!.. aduyaiii aku pening lalat.. ada lagi rupanya.. abis bomoh tu sembur batu hapa? tipu betul lar..sia sia pergi sana balik sampai KL awal pagi... pukul 3 pagi sampai Kinrara.. badab punya la penat..rasa macam retak seribu.

Dah alang alang aku ada kat KL terus aku set appointment untuk buat operation 2 hari kemudian. So pagi 21 hb Jun aku admit kat Ampang Puteri dan lebih kurang pukul 10 nurse panggil dan bagi baju seksi..ikat belakang.. tu pun nurse tolong ikat..tangan tak sampai.. lantak lar punggung terdedah pun hahahhaaha.. Lebih kurang pukul 1 petang aku kena operate dan selama sejam setengah jugak lar operation tu dibuat. Dan lebih kurang 4 hari aku kat wad dan dapat MC selama 3 minggu..berbaloi baloi hahahhaa..

Ahad 15hb Julai baru ni aku mula start kerja..dan aku minta maaf kerana tak berkesempatan nak update blog ni dan hari ni barulah dapat mencelah..

Hari ni Jumaat. Sabtu memang tak kerja.. berkebetulan Terengganu menang SUKMA jadi dapat cuti sehari dan Isnin Petronas dapat cuti ganti untuk cuti Keputeraan Sultan Terengganu.. so dapat la 4 hari cuti.

Besok semua umat Islam di sini akan mula berpuasa.. tiapkali puasa aku mesti terkenangkan E kat sana. Sebetulnya bukan hanya bila tiba puasa tapi setiap petang bila aku berada di kebun atau mandi di bilik air belakang rumah yang tak berbumbung aku mesti teringatkan E kat sana.. aku mesti pandang ke langit petang. Perhatikan kalau kalau ada kapal terbang sayup sayup di awan melintas ruang udara daerah ini.

E..maafkan aku jika selama ini aku banyak menyusahkan kehidupan E sekeluarga. Sepatutnya aku menahan diri dari terfikir dan pentingkan diri sendiri. Walaupun aku masih lagi rindu dengan suasana waktu E di sini yang penuh dengan gelak ketawa bersama teman teman yang lain. Moga moga E sudi memaafkan. Sekarang sudah hampir pukul 6 petang.. maaf E aku tak boleh lama sebab aku perlu balik ke rumah dan bersiap untuk ke masjid.. berterawih.

Hanya satu yang aku ingin ucapkan untuk E kali ni.. Selamat Berpuasa dan Menjalani Ibadah di bulan Ramadhan Al Mubarak dengan tenang serta tawaduk..