Thursday 22 December 2011

Petang semalam aku check out dari Hotel Darby Park setelah menetap di situ sejak hari Ahad. Kali ni aku ke KL bukan atas urusan peribadi tapi kerana training. Training yang paling santai. Waktu training yang paling flexible.

Agak memenatkan juga kerana sejak Nov 2011 aku terpaksa berulang alik dari Kemaman ke KL dn balik ke Kemaman semula kerana urusan kerja. 

Minggu ke dua bulan November aku menetap selama seminggu di Mandarin Oriental Hotel... bersebelahan KLCC. Sebenarnya urusan di Menara Maxis cukup ringkas dan santai tapi waktu selepas waktu kerja yang cukup membosankan. Aku tak ada arah tujuan. Sekadar duduk di luar KLCC mengadap taman dan perhatikan tingkah laku pengunjung dan pelancong.. selama seminggu aku mati akal. Tak ada siapa yang sudi menemani aku dan kebetulan aku juga tidak ramai kawan di KL.

Begitu juga pada minggu ke empat bulan November..lagi sekali aku terpaksa ke KL atas urusan kerja dan tinggal selama seminggu di hotel Darby Park..arrrghh cukup membosankan. Tak ada apa yang boleh aku lakukan selain pergi kerja dan menonton TV di bilik. Selama aku di situ, aku ketandusan idea... tidak ada arah dan tempat yang boleh aku tuju... aku keseorangan.. bosan..cukup membosankan.

Begitu juga pada minggu ini aku datang ke KL atas urusan kerja..cuma kali ini aku ditemani seorang rakan sekerja yang masih bujang. Walaupun aku cuba menghiburkan diri dengan berkaraoke tapi sebenarnya jiwa aku rasa kosong.. fikiran aku kelabu cuma hati aku mengingatkan pada seseorang.

Dan petang semalam selepas aku check out..aku menapak menuju ke stesen LRT Ampang Park..
Aku singgah sebentar di sebuah kedai untuk beli sesuatu dan bila terpandang cashier..hati aku terdetik..aku terkejut sebenarnya.. wajah cashier itu tidak saling tumpah seperti seorang rakan aku yang sudah lama menghilangkan diri tanpa berita. Rakan yang berhijrah ke sebuah negara..ke satu tempat bersama keluarga..nun jauh beribu kilometer...

Wajah dan senyumnya sungguh serupa.. aku kaget..walau orangnya berlainan tapi setidak tidaknya rupa yang hampir seiras menghilangkan rindu aku padanya.

Aku dapat tahu rakan aku tu pulang semasa hari raya Aidilfitri dan singgah untuk bertemu rakan sepejabat yang lain. Dan berkebetulan aku juga berada di pejabat waktu itu cuma aku perasan pada waktu makan tengahari beberapa rakan aku berbisik sesama mereka dan seolah menyembunyikan sesuatu... dan aku tidak ambil pusing kerana aku beranggapan itu hal kaum wanita.. tetapi hal sebenar hanya aku ketahui beberapa hari kemudian..aku tidak marah dan jauh sekali berkecil hati.. itu bukan hak aku untuk memaksa seseorang untuk bertemu aku.. apatah lagi setelah berlaku satu perkara yang mengeruhkan keadaan sebelum ini. Cuma hasrat aku untuk melihat dia untuk kesekian kalinya tidak berkesampaian.

Tidak ada apa yang boleh aku buat cuma aku mendoakan yang terbaik untuknya sekeluarga mudah mudahan dia dilindungi Allah setiap masa.