Friday 25 March 2011

Champion punye

Aku tak banyak menyimpan barang yang boleh dianggap berharga.. sebenarnya aku bukanlah dari sejenis kaum yang suka mengumpul barangan untuk dijadikan koleksi.

Sepanjang hidup aku hanya ada beberapa barang sahaja yang aku kumpul tapi itu pun tidak lama.. pasti aku akan buang bila aku rasa hanya menyemakkan bilik kerana kekurangan ruang. Antara barang yang pernah aku simpan botol perfume "Dunhill", CD computer game dan majalah ketenteraan.

Semua tidak bertahan lama.. sudah sekotak besar aku buang CD kerana hanya menyemakkan ruang di dalam bilik. Begitu juga dengan majalah... sudah dua kotak besar menjadi mangsa.

Walaupun satu masa dulu, CD dan majalah ini menjadi barangan yang paling aku sayang. Malah sesiapa pun tidak dibenarkan menyentuh dua barang ini tanpa pengetahuan aku.. tapi akhirnya aku buang semua ini begitu saja. Cuma kali ini botol perfume "Dunhill" masih bertahan.. tapi lambar laun pasti aku terbang ke tong sampah juga.

Kebetulan sebahagian barang ini aku perolehi dengan titik peluh sendiri sejak dulu..ketika masih di bangku sekolah.. kalau diikutkan barang inilah yang lebih aku jaga dan simpan tapi apa yang aku buat sebaliknya... aku tidak lagi berminat untuk menyimpan apa apa barangan seperti dulu... cuma satu

yang satu ini paling special.

dan pastinya aku akan simpan hingga bila bila 
dan hanya menggunakannya
sekali sekala.

ya.. baju giordano bernombor 10 
dan berwarna hitam...

"baju ini special"
kenapa terlalu special?

Kerana baju ini bukan kerana pada jenama atau kualiti tapi pemberian seseorang. Tiapkali aku memakainya.. aku terasa dekat padanya... hahahaa pelik?

Tapi itulah realiti..
Pemberian oleh seseorang yang istimewa dalam hidup aku.
Seperti kata kata sebuah iklan di tv

"Champion punye takdak jual".

Bundar mata mu

Dari kerana mata
Yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda
Aku tergoda terkecewa



Itu antara rangkap lagu yang mengisahkan pandangan mata.. dan banyak lagi lagu, sajak atau puisi yang menceritakan bagaimana pandangan mata mampu terbitkan rasa cinta, sayang dan menjadi rindu dendam. Walaupun kadangkala kita tidak mengenali peribadi seseorang secara mendalam tapi dengan pandangan matanya mampu mengubah persepsi kita pada orang tersebut.

Begitulah juga dengan apa yang berlaku pada aku. Pandangan matanya antara salah satu daya penarik yang membuatkan aku terus memujanya hingga ke hari ini. Seseorang yang aku kenali sejak 3 tahun dulu.

Dahulu sewaktu aku mula melangkah ke tempat itu, aku keseorangan. Tiada siapa yang menunggu aku menyiapkan segala gala dokumen yang diperlukan. Segala galanya asing. Setelah semuanya selesai tiba tiba datang seorang perempuan datang mendapatkan aku. Orangnya kecil dan langkahnya laju.... .Aku diarahkan mengikutinya ke satu tempat... satu tempat baru yang bakal mengubah nasib aku selepas ini. Aku sudah lupa jika dia ada memperkenalkan diri...

Pada peringkat awal aku tidak berminat mengenalinya secara dekat. Aku bukannya seorang yang mudah mesra dengan sesiapa. Aku lebih banyak memerhati dari jauh. Hingga satu masa bila aku mula berani berbual dengan dia, aku suka perhatikan matanya.. ya matanya kerana matanya bundar..dan menggoda. Dan sejak itu aku suka merenung matanya samada dia sedari atau tidak.

Pernah satu ketika dulu dia memandang aku dan ada sesuatu dibalik pandangan itu. Sesuatu yang sukar diluahkan dengan kata kata... pandangan matanya seolah olah cuba ingin memberitahu yang perasaanya juga sama seperti aku. Pandangan yang penuh dengan rasa sayang.. pandangan dan liriknya begitu asing..bukan seperti selalu. Penuh dengan pertanyaan dan menghairahkan.

Sejak itu bila bertemu, aku akan cuba memandang tepat padanya.. belajar untuk memahami apa dia sedang fikirkan. Merenung matanya yang bundar.. cukup menyenangkan aku.

Aku gembira bila berpeluang berbual dengannya... memandang matanya.. menyelami perasaanya ketika itu. Seringkali juga pandangan tajamnya.. bukan bererti marah tapi seolah minta untuk dimanja dan itu yang aku rasa.

Kini pandangan itu sudah lama hilang.. hilang meninggalkan aku.
Aku rindu pada pandangan itu...

Wednesday 23 March 2011

Lonely soul




I feel so alone, no one to call a true friend. Sometimes, I don't even recognize my own thoughts. I feel as if I am losing pieces of myself day by day. It is has been a constant struggle to find contentment within myself. From my understanding, happiness is supposed to be a joyous feeling; a blissful and continuous experience. But that experience has never stayed with me long enough. It has come and gone many times, unexpectedly. I know most would say, it's a part of life and it happens. That I should find the strength to overcome difficult challenges and face adversity head on. However, I’ve been there and I’ve done that.
Certainly, I’ve come across a few acquaintances in my life and early on I can clearly remember having one or two real friends. But those relationships are long gone; times have changed. I never knew what judgement was because I was free to be who I wanted to be. I didn't pay much attention to what others were thinking. As time moved forward, I started to see that people can be very cold hearted and that the world we lived in was just simply unfair.

I'm not a perfect human-being and by no means have I ever claimed to be. Yes, I admit that I too have judged but not intentionally or willingly. And I have repented on behalf of those judgments. Yet former "friends" or acquaintances have outcasted me to make it seem as if I am inhumane. I don't have a mean bone in my body, I’ve always listened to what others had to say but not once did any of them bothered to ask me about me. They used me for kindness and willingness to give and when they were done with me, they never looked back.
No matter how hard I try to reach out and connect with others, I continue to fall. I've fallen some many times, I am beginning to think that perhaps this is who I am; a loner. The truth is, I’ve always been an introvert and somewhat of an eccentric. These are aspects of me that I just can not change. I can't force myself to be the life of the party or draw attention to myself because of some other reason. Realizing, that I can't change these things hurts my heart so much...my only desire is to find happiness.
credit : experienceproject

Monday 21 March 2011

Rindu si pungguk


Pungguk sudah lama rindukan bulan.
Pungguk setia menanti... hampir saban malam
Merenung ke langit
Memuji betapa indahnya ciptaan tuhan
Sesekali si pungguk berbunyi... mengeluh kerana sakit leher bukan kepalang
Tapi si pungguk tabah dan setia
Walau tahu bulan takkan jatuh ke riba
Walau jasad pungguk jatuh ke tanah
Bulan kat tetap di sana
Bulan kan tetap begitu.... dan pemiliknya hanya Satu.

Pungguk oh pungguk
Sungguh malang nasibmu
Memuja suatu yang indah
Nun jauh di sana..
Tapi pungguk pecinta Agung
Cintanya terlalu tulus
Mulus dan kudus
Setia si pungguk bukan kepalang
Calang calang anak jantan belum tentu terjulang

Tapi pungguk kan tetap begitu
Menanti menunggu di situ
Tiada yang lain paling di rindu
Bukan mentari tapi bulan nun beribu batu

Pungguk tetap setia
Walau apa yang dikata
"Ahhh persetankan semua"
Kerana pungguk percaya walau jodohnya tiada
Ilahi tetap memegang janji
Semuanya bersatu di akhirat nanti

Hilang nilai kemanusiaan

Aku rasa terganggu dengan keadaan sekeliling yang makin bercelaru. Kejadian bencana alam yang berlaku di mana mana masih belum mampu buat manusia insaf. Mungkin hanya insaf untuk sementara. Di pelusuk lain, manusia menjadi semakin tamak.

Peperangan berlaku hampir diseluruh pelusuk dunia. Sebut sahaja di mana. Di selatan Thailand, Filipina, Iraq, Chechen, Sudan, Somalia dan terbaru di Libya.

Nilai nyawa manusia menjadi murah... lebih murah dari harga sebutir peluru. 

Rata rata dunia Arab menyaksikan ledakan demonstrasi rakyat yang menuntut kebebasan. Kebebasan yang mengarut. Kebebasan yang sudah dirancang secara teliti oleh pihak lain untuk kepentingan geopolitik dan ekonomi. Pemerintah Tunisia sudah menyembah bumi, Mesir masih dikawal tentera, Bahrain dan Oman masih bergolak, Yemen semakin hancur. 

Kini giliran Libya. Rata rata pemberontak menggunakan alasan membebaskan negara dari pemerintahan yang tidak adil. Kuasa rakyat!. Satu bentuk penipuan dan memperlihatkan kebodohan sikap warga Arab. Penggulingan atas nama kuasa rakyat adalah penipuan semata mata tetapi kebangkitan melalui demokrasi adalah secara kuasa undi. Pemilihan oleh rakyat melalui peti undi bukannya dengan penentangan bersenjata.

Rata rata rakyat Libya yang menentang pemerintahan Kol. Muammar Ghaddafi tertipu dengan dakyah subversif oleh anasir luar. Libya sememangnya sudah lama dibenci oleh blok Barat terutamanya Amerika, Britain, Itali dan Perancis. Lebih memalukan bila ada negara Arab lain seperti Qatar yang turut mengundi meluluskan penggunaan kuasa ketenteraan luar terhadap Libya, malahan sanggup turut serta dalam peperangan menentang rejim Kolonel Muammar Ghaddafi. Satu tindakan unilateral oleh Amerika dengan menggunakan nama UN (Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu) untuk menghalalkan tindakan.

Negara Arab lain yang lebih makmur dan aman mungkin senang melihat kejatuhan pemerintahan kerajaan Libya sekarang. Sekaligus melenyapkan persaingan dan ketakutan mereka terhadap Libya sedangkan Libya tidak pernah menyerang mana mana negara lain untuk mempertahankan kepentingannya.

Mungkin ada yang tidak bersetuju?. Mungkin juga ada yang beranggapan pengeboman Lockerbie ada kaitan dengan arahan Muammar Ghaddafi?.. tapi sejauhmana kebenarannya. Ramai yang beranggap benar tapi sesuatu perkara hanya akan berlaku kerana justifikasi tertentu. Bagaimana dengan penyerangan pesawat Amerika sehingga membunuh anak angkat Ghaddafi?.

Negara dan masyarakat Arab sememangnya satu bangsa yang suka berperang dan melihat kejatuhan pihak lain dan sanggup bersekongkol dengan pihak lain demi menjayakan rencana. Sesetengah pihak Arab juga bias. Berat sebelah.

Jika Libya dituduh membunuh rakyat yang bangkit menentang kuasa pemerintahan Muammar Ghaddafi kenapa pihak Arab dan sekutunya tidak menyerang Bahrain? atau Oman? ataupun juga Mesir?. 


Bukankah di Bahrain dan Oman juga ada penunjuk perasaan yang ditembak mati oleh anggota tentera dan polis negara tersebut.

Ternyata kekejaman sesetengah negara Arab dan pihak Barat tiada tandingannya. Mereka sama sekali tidak mempedulikan nilai kemanusiaan di Libya. Pihak penentang kerajaan Libya terlebih dahulu menggunakan senjata dan kini menuduh kerajaan Libya menindas mereka.

Aku cukup cukup terganggu bila melihat mangsa serangan yang bergelimpangan di rumah mayat.

Nilai nyawa manusia lebih murah dari harga sebutir peluru.. sedang sebutir peluru harganya cuma 0.60 sen.

Sunday 20 March 2011

Kerja kerja

Sedar tak sedar sekarang dah masuk penghujung bulan Mac 2011, sekejap masa berlalu. Rasa macam baru bulan lepas aku masuk kerja kat sini tapi rupanya sudah hampir 3 tahun. 

Kerja di pejabat ada masa sibuk. Cukup sibuk sampaikan nak rehat pun rasa tak senang hati bila fikirkan kerja yang masih tak siap dan terpaksa mengejar tarikh akhir.

Ada masa bukan satu kerja yang terpaksa disiapkan dalam satu masa tapi tiga tugasan sekaligus dan tak termasuk tugasan kecil yang perlu diberikan perhatian. 


Kadangkala badan terasa penat, fikiran jadi letih. Cuti hujung minggu terasa tidak cukup.. tak sempat untuk memulihkan badan yang kepenatan. Tambah pula pada usia yang makin meningkat, stamina sedikit berkurangan. Bukan seperti waktu berumur 20an.. gagah bekerja siang dan malam. 

Bila bercuti hujung minggu bukan bermakna cuti sepenuhnya. Cuti dengan hanya merehatkan badan dirumah tanpa lakukan sebarang pekerjaan. Tapi masih ada kerja yang perlu dibuat. Rumah perlu dikemaskan. Halaman sekeliling pun perlu dijaga. Rumput perlu di potong, pokok dan kebun perlu dibelai. Kerja di rumah lebih menggunakan kudrat tulang empat kerat kalau dibandingkan kerja di pejabat.

Cuma kerja di rumah hanya memerlukan masa yang lebih flexible. Waktu kerja yang lebih bebas.  

Tambah pula kalau hidup berseorangan. Terpaksa buat kerja lebih masa.. lebih tenaga.