Monday, 21 March 2011

Hilang nilai kemanusiaan

Aku rasa terganggu dengan keadaan sekeliling yang makin bercelaru. Kejadian bencana alam yang berlaku di mana mana masih belum mampu buat manusia insaf. Mungkin hanya insaf untuk sementara. Di pelusuk lain, manusia menjadi semakin tamak.

Peperangan berlaku hampir diseluruh pelusuk dunia. Sebut sahaja di mana. Di selatan Thailand, Filipina, Iraq, Chechen, Sudan, Somalia dan terbaru di Libya.

Nilai nyawa manusia menjadi murah... lebih murah dari harga sebutir peluru. 

Rata rata dunia Arab menyaksikan ledakan demonstrasi rakyat yang menuntut kebebasan. Kebebasan yang mengarut. Kebebasan yang sudah dirancang secara teliti oleh pihak lain untuk kepentingan geopolitik dan ekonomi. Pemerintah Tunisia sudah menyembah bumi, Mesir masih dikawal tentera, Bahrain dan Oman masih bergolak, Yemen semakin hancur. 

Kini giliran Libya. Rata rata pemberontak menggunakan alasan membebaskan negara dari pemerintahan yang tidak adil. Kuasa rakyat!. Satu bentuk penipuan dan memperlihatkan kebodohan sikap warga Arab. Penggulingan atas nama kuasa rakyat adalah penipuan semata mata tetapi kebangkitan melalui demokrasi adalah secara kuasa undi. Pemilihan oleh rakyat melalui peti undi bukannya dengan penentangan bersenjata.

Rata rata rakyat Libya yang menentang pemerintahan Kol. Muammar Ghaddafi tertipu dengan dakyah subversif oleh anasir luar. Libya sememangnya sudah lama dibenci oleh blok Barat terutamanya Amerika, Britain, Itali dan Perancis. Lebih memalukan bila ada negara Arab lain seperti Qatar yang turut mengundi meluluskan penggunaan kuasa ketenteraan luar terhadap Libya, malahan sanggup turut serta dalam peperangan menentang rejim Kolonel Muammar Ghaddafi. Satu tindakan unilateral oleh Amerika dengan menggunakan nama UN (Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu) untuk menghalalkan tindakan.

Negara Arab lain yang lebih makmur dan aman mungkin senang melihat kejatuhan pemerintahan kerajaan Libya sekarang. Sekaligus melenyapkan persaingan dan ketakutan mereka terhadap Libya sedangkan Libya tidak pernah menyerang mana mana negara lain untuk mempertahankan kepentingannya.

Mungkin ada yang tidak bersetuju?. Mungkin juga ada yang beranggapan pengeboman Lockerbie ada kaitan dengan arahan Muammar Ghaddafi?.. tapi sejauhmana kebenarannya. Ramai yang beranggap benar tapi sesuatu perkara hanya akan berlaku kerana justifikasi tertentu. Bagaimana dengan penyerangan pesawat Amerika sehingga membunuh anak angkat Ghaddafi?.

Negara dan masyarakat Arab sememangnya satu bangsa yang suka berperang dan melihat kejatuhan pihak lain dan sanggup bersekongkol dengan pihak lain demi menjayakan rencana. Sesetengah pihak Arab juga bias. Berat sebelah.

Jika Libya dituduh membunuh rakyat yang bangkit menentang kuasa pemerintahan Muammar Ghaddafi kenapa pihak Arab dan sekutunya tidak menyerang Bahrain? atau Oman? ataupun juga Mesir?. 


Bukankah di Bahrain dan Oman juga ada penunjuk perasaan yang ditembak mati oleh anggota tentera dan polis negara tersebut.

Ternyata kekejaman sesetengah negara Arab dan pihak Barat tiada tandingannya. Mereka sama sekali tidak mempedulikan nilai kemanusiaan di Libya. Pihak penentang kerajaan Libya terlebih dahulu menggunakan senjata dan kini menuduh kerajaan Libya menindas mereka.

Aku cukup cukup terganggu bila melihat mangsa serangan yang bergelimpangan di rumah mayat.

Nilai nyawa manusia lebih murah dari harga sebutir peluru.. sedang sebutir peluru harganya cuma 0.60 sen.

No comments:

Post a Comment