Friday, 25 March 2011

Bundar mata mu

Dari kerana mata
Yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda
Aku tergoda terkecewa



Itu antara rangkap lagu yang mengisahkan pandangan mata.. dan banyak lagi lagu, sajak atau puisi yang menceritakan bagaimana pandangan mata mampu terbitkan rasa cinta, sayang dan menjadi rindu dendam. Walaupun kadangkala kita tidak mengenali peribadi seseorang secara mendalam tapi dengan pandangan matanya mampu mengubah persepsi kita pada orang tersebut.

Begitulah juga dengan apa yang berlaku pada aku. Pandangan matanya antara salah satu daya penarik yang membuatkan aku terus memujanya hingga ke hari ini. Seseorang yang aku kenali sejak 3 tahun dulu.

Dahulu sewaktu aku mula melangkah ke tempat itu, aku keseorangan. Tiada siapa yang menunggu aku menyiapkan segala gala dokumen yang diperlukan. Segala galanya asing. Setelah semuanya selesai tiba tiba datang seorang perempuan datang mendapatkan aku. Orangnya kecil dan langkahnya laju.... .Aku diarahkan mengikutinya ke satu tempat... satu tempat baru yang bakal mengubah nasib aku selepas ini. Aku sudah lupa jika dia ada memperkenalkan diri...

Pada peringkat awal aku tidak berminat mengenalinya secara dekat. Aku bukannya seorang yang mudah mesra dengan sesiapa. Aku lebih banyak memerhati dari jauh. Hingga satu masa bila aku mula berani berbual dengan dia, aku suka perhatikan matanya.. ya matanya kerana matanya bundar..dan menggoda. Dan sejak itu aku suka merenung matanya samada dia sedari atau tidak.

Pernah satu ketika dulu dia memandang aku dan ada sesuatu dibalik pandangan itu. Sesuatu yang sukar diluahkan dengan kata kata... pandangan matanya seolah olah cuba ingin memberitahu yang perasaanya juga sama seperti aku. Pandangan yang penuh dengan rasa sayang.. pandangan dan liriknya begitu asing..bukan seperti selalu. Penuh dengan pertanyaan dan menghairahkan.

Sejak itu bila bertemu, aku akan cuba memandang tepat padanya.. belajar untuk memahami apa dia sedang fikirkan. Merenung matanya yang bundar.. cukup menyenangkan aku.

Aku gembira bila berpeluang berbual dengannya... memandang matanya.. menyelami perasaanya ketika itu. Seringkali juga pandangan tajamnya.. bukan bererti marah tapi seolah minta untuk dimanja dan itu yang aku rasa.

Kini pandangan itu sudah lama hilang.. hilang meninggalkan aku.
Aku rindu pada pandangan itu...

No comments:

Post a Comment