Hari minggu hari untuk berehat... berehat dari fikirkan kerja di pejabat tapi kerja di rumah tetap kena siapkan... dan hampir dua minggu aku tak mengemas bilik.. berselerak.
Waktu aku sedang mengemas aku terjumpa satu barang yang berharga... penuh nilai sentimental..
Yup.. sekeping gambar seribu kenangan.
Hahahaa ini gambar yang cukup bernilai..
Gambar ini diambil di sebuah kedai gambar di bandar Chukai. Dan kalau tak silap waktu ni aku baru berumur 3 tahun. Kata umi, umi sengaja biarkan rambut aku panjang. Masa aku kecik dulu rambut aku bukan berwarna hitam tapi blonde.. sebab itu umi biarkan rambut aku panjang dan bergambar sebagai kenangan.
Malangnya waktu tu aku bukan dalam mood yang betul.. kena marah dengan umi sebab aku tak nak bergambar sambil cekak pinggang..
Gambar yang di ambil tahun 1975 ni masih baik dalam jagaan aku sekarang. Gambar ni memang berharga kerana hanya ada 2 keping yang masih dalam simpanan..
1975 ?? sedar tak sedar aku dah berumur 39 tahun sekarang... lebih tepat 39 tahun pada bulan September.
No comments:
Post a Comment