Esok cuti bagi negeri Terengganu.. cuti hujung minggu.
Aku ingat kalau dulu time aku kecik kecik..waktu hujan lar paling ditunggu... waktu untuk berseronok. Masa tu aku tinggal di rumah kampung bertiang bulat.. hanya ada satu bilik tidur.
Di rumah tu lar aku tinggal dengan umi, abang, kakak dan adik lelaki. Rumah kampung yang daif... dinding papan yang tak bercat.. lantai jarang. Bahagian dapurnya sedikit senget.. Waktu itu umi gunakan dapur kayu.. tiapkali memasak, umi akan hidupkan api dan tiup sampai berterbangan abu. Tiang rumah agak tinggi.. lepas untuk menyorong basikal ke bawah rumah dan di sandar pada tiang.
Bilik air rumah aku waktu itu terletak di luar rumah di bahagian dapur..tak berbumbung tapi hanya ditutupi dengan zink. Manakala lantainya papan.
Di situlah tempat umi membasuh baju. Waktu itu mana ada mesin basuh, umi hanya membasuh dengan tangan. kudrat umi kuat.
Waktu itu seingat aku belum ada paip air, selalunya waktu aku akan mandi perigi dibawah pokok rambutan yang tak jauh dari rumah. Malahan tandas pun tak jauh dari situ. Tandas curah. Antara tandas moden yang ada dikampung pada waktu itu... belum ada tandas pam. Tandas itu umi bina sendiri hasil tunjuk ajar nenek.
Selalunya kalau waktu hujan suasana kampung hening, sunyi dari gelak kanak kanak sebaya...tapi udaranya segar, nyaman. Jika umi izinkan aku akan mandi hujan dengan adik.. berdiri di buju atap dengan hanya memakai seluar pendek.. melompat lompat dan gelak ketawa bersama adik... air hujan mencurah curah di atas kepala... sakit tapi seronok.
Zaman anak anak sungguh indah.. aku hanya akan naik bila umi memanggil. Dengan terketar ketar kesejukan.. mandi hujan sampai kecut jari.
Waktu waktu begitu jugalah selalunya aku dan adik akan buat kapal kertas.. kami campakkan dari tingkap dan tengok kapal siapa paling laju.... hanyut mengikut arus air hujan yang mengalir di tanah.
Umi akan buatkan air teh.. dan aku teruskan bermain bersama adik... bermain kereta mainan "WonderBug".
Dan hari minggu juga hari yang aku nanti nantikan kerana pada waktu pagi abang akan mengajak kawannya memasang jala di tepi semak. Abang dan kawan akan pasang jala tinggi tinggi merentangi kawasan semak dan dihujung kiri dan kanan jala di ikat pada tiang buluh.
Selalu hari khamis aku dah sibuk plan apa yang aku nak buat time cuti.. rutin biasa berkebun tapi kali ni jadi malas pasal dah hampir setiap hari hujan. Bukan tak boleh buat keja time hujan tapi hujan sekarang ni dah tak macam dulu.. kena air hujan sikit mudah jadi pening kepala... air hujan banyak asid kot.
Aku ingat kalau dulu time aku kecik kecik..waktu hujan lar paling ditunggu... waktu untuk berseronok. Masa tu aku tinggal di rumah kampung bertiang bulat.. hanya ada satu bilik tidur.
Di rumah tu lar aku tinggal dengan umi, abang, kakak dan adik lelaki. Rumah kampung yang daif... dinding papan yang tak bercat.. lantai jarang. Bahagian dapurnya sedikit senget.. Waktu itu umi gunakan dapur kayu.. tiapkali memasak, umi akan hidupkan api dan tiup sampai berterbangan abu. Tiang rumah agak tinggi.. lepas untuk menyorong basikal ke bawah rumah dan di sandar pada tiang.
Di situlah tempat umi membasuh baju. Waktu itu mana ada mesin basuh, umi hanya membasuh dengan tangan. kudrat umi kuat.
Waktu itu seingat aku belum ada paip air, selalunya waktu aku akan mandi perigi dibawah pokok rambutan yang tak jauh dari rumah. Malahan tandas pun tak jauh dari situ. Tandas curah. Antara tandas moden yang ada dikampung pada waktu itu... belum ada tandas pam. Tandas itu umi bina sendiri hasil tunjuk ajar nenek.
Selalunya kalau waktu hujan suasana kampung hening, sunyi dari gelak kanak kanak sebaya...tapi udaranya segar, nyaman. Jika umi izinkan aku akan mandi hujan dengan adik.. berdiri di buju atap dengan hanya memakai seluar pendek.. melompat lompat dan gelak ketawa bersama adik... air hujan mencurah curah di atas kepala... sakit tapi seronok.
Zaman anak anak sungguh indah.. aku hanya akan naik bila umi memanggil. Dengan terketar ketar kesejukan.. mandi hujan sampai kecut jari.
Waktu waktu begitu jugalah selalunya aku dan adik akan buat kapal kertas.. kami campakkan dari tingkap dan tengok kapal siapa paling laju.... hanyut mengikut arus air hujan yang mengalir di tanah.
Umi akan buatkan air teh.. dan aku teruskan bermain bersama adik... bermain kereta mainan "WonderBug".
Dan hari minggu juga hari yang aku nanti nantikan kerana pada waktu pagi abang akan mengajak kawannya memasang jala di tepi semak. Abang dan kawan akan pasang jala tinggi tinggi merentangi kawasan semak dan dihujung kiri dan kanan jala di ikat pada tiang buluh.
Abang dan kawannya akan menunggu tapi jika masih tiada habuan, mereka akan pergi ke hujung kawasan semak... mereka gegar pokok senduduk.. mereka bersorak.. menjerit..!!
Kemudian bertempiaran burung burung lari, berterbangan menyelamatkan diri dan ada yang tersangkut pada jala. Selalu tidak banyak hasil tapi cukup untuk dijadikan habuan kami.
Mereka akan sembelih, buang bulu dan cuci burung tadi. Aku dan adik akan tergelak kerana lucu melihat keadaan burung yang togel kecik.. selalunya abang lebih suka burung tadi dipanggang dan dimakan beramai ramai sambil duduk ditangga.
Hidup kami meriah dan indah. Walaupun miskin tanpa ayah tapi hubungan kekeluargaan kami cukup akrab. Umi selalu ingatkan "kamu hanya empat beradik, kalau umi meninggal umi mahu masing masing jangan pentingkan diri... yang senang bantu yang susah. Kalau adik beradik sendiri yang tak tolong pada siapa lagi nak diharapkan". Kata kata dan ajaran itulah yang kami pegang hingga sekarang. Terima kasih umi.

No comments:
Post a Comment