Aku ucapkan selamat pada semua wanita sempena perayaan seluruh dunia walau sambutan tak semeriah hari raya tapi sekurang kurangnya seluruh dunia menghargai pengorbanan wanita. Mengakui hak kaum wanita selama ini. Hampir semua negara di dunia meraikan hari wanita.
Bagi sesebuah keluarga, aku fikir menjadi tanggungjawab kaum bapa sebagai ketua keluarga untuk meraikannya...bagaimana cara?
Terpulang pada kemampuan masing masing.
Kaum wanita memang besar peranannya. Bagi yang belum berkahwin, mereka menyumbang tenaga pada masyarakat. Bagi yang berumahtangga, tanggungjawab mereka jadi lebih berat.
Di rumah tanggungjawab mereka bukan saja menjaga keperluan si bapa tapi pada anak-anak. Rumah perlu dikemas dan dibersihkan. Tanggungjawab mereka diperlukan dari siang hingga ke malam. Itu bagi surirumah sepenuh masa.
Untuk yang bekerja, khidmat mereka diperlukan bagi tugas dipejabat.

Hebat bukan?
Aku pernah cuba menilai kudrat wanita sebelum ini. Bekerja di pejabat dan menyiapkan kerja dirumah .... hasilnya aku keletihan yang amat sangat.
Dan buat aku terfikir, kaya dan indahnya ciptaan Tuhan.
Wanita yang bersifat lemah lembut mempunyai kudrat yang jauh lebih hebat dari lelaki... mereka mampu uruskan hampir semua kerja yang diberikan. Istimewanya wanita.

Walaupun jiwa dan perwatakan wanita itu lembut, mereka mampu membuat lelaki menangis... mengeluarkan air mata, melutut dan merayu.
Membuatkan lelaki hilang kata kata, hilang arah... hilang tujuan hidup.
Hebatnya wanita.
Mereka diperlukan oleh lelaki..
Tanpa mereka, hidup lelaki akan kekosongan.. sunyi. Hidup akan jadi tidak bererti sepenuhnya.
Jadi lelaki tak perlulah ego hanya untuk nampak macho... ego anda boleh hancur hanya kerana wanita.

Akui sajalah wanita memang istimewa.
Wanita dijadikan sebagai peneman.. bukan mangsa belasahan bila marah, bengang dan baran.

Kepada lelaki yang di luar sana yang suka memukul wanita ... tak kira isteri atau kekasih, anda patut malu kerana anda hanyalah seorang pengecut... hanya berani memukul kaum yang lemah, yang banyak mengalah, yang banyak bersabar dan berkhidmat untuk anda selama ini.
Dan kepada wanita... TAHNIAH kerana perananmu di hargai.
Masih tercari cari, apakah dunia juga mengiktiraf - "Hari Jantan atau Hari Lelaki Sedunia"?.

No comments:
Post a Comment